Saturday 27 July 2013

Cerita Tentang Novel

Assalamualaikum,

Salam 18 Ramadan 1434H & Selamat pagi semua!..Mulakan pagi dengan senyuman yang indah. Semoga kita sentiasa berada dalam perlindungan & mendapat keberkatan daripada Allah SWT hendaknya.

Hari ni nak bercakap pasal keterujaan & kegilaan aku terhadap sesuatu. Apa yang sesuatu sangat tu?..tentulah tak lain & tak bukan NOVEL. (my classmates yang "lelaki" tu mesti menyampah kalau baca entry kali ini sebab pasal N-O-V-E-L kot!...mana diorang minat..huhuhu)...sabar jelah..:p
Tapi yang bagusnya diorang takdelah sampai mengejek..selalu bagi support laa..dan yang penting kawan2 perempuanku dah tahu minat semulajadiku ini dan diorang pun terjebak sama gak. Sebenarnya, kalau nak baca novel nie mestilah bermula daripada minat membaca. Yelah, kalau tak minat membaca, macam mana nak menghadap buku kan?..tak kiralah buku fiksyen atau non-fiksyen, semuanya memberi ilmu pengetahuan dekat kita. Sangatlah rugi orang yang tak minat membaca kerana " Membaca itu jambatan ilmu ".

ok, selesai sesi mukadimah..kita kembali kepada topik asal...yeahh!

Sejak bila minat baca novel?

Masa tingkatan 3. Time tu, kalau tak silap aku lah, lepas habis PMR. Dah abis exam, lepas tu tak ada kerja apa nak buat...apa lagi, masuk pustaka baca novel lah jawabnya. (dulu sangatlah-mengikut-peraturan-sekolah..even dah abis exam pun, sekolah tetap pergi jugak...baik giler kot?..muahaha)



Inilah novel yang mula-mula aku baca masa kat sekolah. Maklumlah, pustaka kat sekolahku banyak novel yang baru2x, so geng2x yang minat membaca nie pun rajinlah menjenguk perpustakaan itu. Novel2x yang ada pun kebanyakannya terbitan alaf 21. So, kalau beli novel mesti yang keluaran alaf 21 je lepas tu dan tak lupa jugak terbitan buku prima. Novel Cinta Dua Jiwa daripada Rania Firdaus inilah yang menjadi pencetus kepada kegilaan aku membaca novel.

Masuk form 4 hinggalah form 5, minat membaca itu masih diteruskan, tapi tidak selincah sekarang. Yelah, walaupun masa form 4..(kitorang paggil tahun honeymoon) tapi tak ada lah sampai tiap2x hari nak baca novel sebab sibuk dengan aktiviti sekolah & kerja2x di rumah. Masa form 5 lak, time tu kan exam  SPM. Kenalah mengadap buku ilmiah sebanyak 10 subjek itu...( dulu aku budak sains, tapi bila masuk form 6 dah tukar aliran kemanusiaan lak)..cannot go with  pure science anymore!..
kalau tengok budak2 form 6 yang ambik aliran sains sekarang, kuantitinya amatlah sedikit..Orang yang betul2 tough je yang boleh hadapi kehidupan dengan senyuman.lol

Bila dah diisytiharkan bahawa peperiksaan SPM tamat dengan jayanya, time tulah semangat nak membaca novel itu kembali semula. Kalau pergi kedai buku je,mesti perkara pertama yang aku buat adalah menyinggahkan diri ke rak novel. Muka giler teruja tengok novel bersusun-susun atas rak. Rasa macam duduk dalam lautan buku. So heaven!...Kebanyakan info yang aku dapat kalau berkaitan dengan novel ini adalah melalui facebook. Terutama sekali daripada fanpage "Kelab Peminat Novel".

Dari hari ke hari, aku pun tahu lah selain daripada novel terbitan Alaf 21 & Buku Prima ada lagi  syarikat penerbitan novel yang baru tumbuh. Contohnya, Karyaseni, Kaki Novel, Jemari Seni, Siti Rosmizah Publication, PTS Publication, Fajar Pakeer, Lovenovel Publication, Idea Kreatif Publication dan banyak lagi. (tak tersebut dah kat sini). Semua novel yang diterbitkan sangatlah best!

Kalau semua nak tahu, kenalan-kenalan rapat yang aku berkawan dalam "facebook" (bagi yang mengenali diriku) semuanya dalam kalangan peminat tegar novel & novelis sendiri. Sampai kawan aku cakap, "betul ke mung kawan dengan penulis novel ni?"...(cakap trganu skit deh)...hehehe..Yelah, kalau dulu, kawan2x dalam muka buku, semuanya ahli keluarga & teman rapat kat sekolah. Kalau tak kenal, mmg tak akan approve jadi friends. (bukan nak sombong, tapi aku mmg tapis sesiapa yang nak jdi kawan dalam fb sebab kebanyakannya bukan nak bertegur sapa pun, cuma nak menjadi "stalker" yang tak bertauliah sahaja. Selepas berjinak-jinak dalam dunia novel & dan jumpa geng yang mempunyai minat yang sama, teruslah ada sedikit keberanian untuk berkawan dengan orang ramai.

Kenangan manis sepanjang bergelar peminat tegar novel?

Kalau nak diceritakan satu persatu, memanglah tak akan habis sampai esok. Diringkaskan sahaja lah ceritanya, aku pernah join Pertemuan Kasih Sayang Awak Suka Saya Tak di Terengganu Equestrian Resort (TER), Kuala Ibai. Pertemuan ini diadakan oleh Penulis ASST iaitu Melur Jelita & admins grup ASST Hilman Yong & Intan Zulaikha ( sayangnya grup ini telah ditutup tapi semua kenangan semasa berada dalam grup ini akan tersemat dalam hati) Inilah first grup yang aku join di fb setelah meminati dunia novel.


Gambar ini dicilok daripada fb ibu Maizatul Azlina...hehehe

Saat itu lah aku dapat bersua muka dengan semua ahli grup ASST. Semuanya memang ramah tamah. Ada jugak yang tak sempat nak jumpa sebab lepas dinner malam tu, aku terus balik. Sempat berkampung dekat TER selama 2 hari sahaja. Sehari sebelum kedatangan ahli2 grup ini daripada seluruh Malaysia, aku dah terpacak di sana ditemani kakak2 dan adik2 manis kat sana. Dan Alhamdulillah, keluarga kecilku bersatu di sana. Ada Ibu Maizatul & family, kak Nia, kak Amoii, kak Intan, Adik sya, kak Shamin, kak Sham, kak Salwa, kak Azian, Kak Heny, kak Honet CT (yang banyak menolongku, sanggup ambik aku di simpang rumah, berhantar ke TER pulak utk aktiviti di sana...jasamu amat kukenang) & tak lupa kak Lina Abd Majid ( semata-mata nak balik rumah bersama-sama malam tu, kita dah buat pertemuan kat suatu tempat kan smbil makan ABC & brcerita pasal novel lagi dan lagi)..hehehe...sangatlah seronok time tu...
Untuk kak Maslina & mama Rogayah, kak Ann, kak Hayati, kak Azrien, kak Nursaliza & yang lain2x...  bila lah kita dapat berjumpa kan?..
Kalau ada nama yang tak ter"mention" olehku di sini, jangan ingat saya tak sayang anda, hanya Allah SWT yang tahu betapa saya amat seronok bertemu dan beramah mesra dengan ahli2 grup ASST yang dulu. Happy giler2x..Semoga jalinan ukhwah kita kekal selamanya. Sekarang, dah ada grup baru. Tempat ahli2 lama grup ASST yang dulu berkumpul semula. Kalau nak join boleh masuk grup "Kembali Terjalin". Lagi havoc kat sana tau...

Kenangan manis seterusnya pula iaitu penulis novel Sebenarnya, Saya Isteri Dia, Zura Asyfar pm saya cakap nak datang rumah time raya tahun 2012. Memang ku tak percaya langsung dia nak datang rumah. Penulis ni pun asal terengganu. Masa tu, sangatlah teruja dapat jumpa kak Zura & siap mintak TT utk novel SSID. Kalau nak tahu lagi, SSID ni adalah novel adaptasi ke drama. Ditayangkan di slot Zehra TV3 dan episod akhirnya sebelum bulan ramadan menjelma. Sangatlah rindu nak tengok gelagat Izzue Islam sbgai Firash Arshad & Tiz Zaqyah sbgai Syafa Aqira. Tak pernah miss setiap episod. Ramai yang cakap bila sesuatu novel diadaptasi ke drama, terus jadi tak best! tapi bagi aku SSID novel vs SSID drama, dua2 ada keunikan tersendiri...sangatlag best!..Yelah, kita mana boleh ikut 100% dalam novel kalau nak buat drama. Kalau dah ikut flow cerita sikit2 tu, oklah. Asalkan tak jauh menyimpang. SSID is the best. Tahniah kak Zura Asyfar. Sangat seronok jumpa akak & saya akan menunggu novel kedua akak MDO itu diterbitkan pula..


Gambar yang diedit oleh Uncle Hussaini Ibrahim. Thank a lot uncle!

Seterusnya, sejak daripada keaktifan aku di fb & singgah di "teratak kasih sayang" penulis, banyak juga dapat hadiah2x daripada novelis. Ada tu aku ada jugak join2x contest yang dianjurkan oleh penulis and etc. Yang pasti, kalau dapat novel yg di sign oleh penulis sendiri, rasa satu kepuasan menjelma.

Koleksi novel dalam simpanan sekarang?

Koleksi novel yang ada denganku sekarang kalau dikira dah mencecah 112 buah. ( bakal bertambah dari semasa ke semasa nanti) Kebanyakan novel yang ada dibeli sendiri, ada juga yang bagi novel sebagai hadiah hari lahir, hadiah perkenalan dan sbagai hadiah kemenangan untuk sesuatu contest. Hadiah kasih sayang ada gak, daripada ibu Maizatul yang banyak sekali. Thank u so much ibu. Nanti dah kerja adik belanja ibu lak...hehehe

Pokok pangkalnya, hidup dalam dunia novel sangatlah "awesome" bagiku. Banyak benda yang aku terokai & banyak benda yang aku pelajari. Tak rugi pun baca novel, menambahkan ilmu adalah.

Sampai di sini sahaja saya berceloteh tentang dunia novelku ini, nanti saya cerita kriteria novel yang saya minati & banyak lagi. Semuanya mengenai novel. Wait & See ya. Kalau mood menulis menjelma, saya akan tulis. In shaa Allah...Salam sayang semua...

With Love,
Izzati Aisyah

Friday 26 July 2013

Nuzul Al-Quran & Lailatul Qadar

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan untuk terus bernafas di bumi pinjaman Allah SWT. Hari ini dah masuk 17 Ramadan dan jatuh pada hari Jumaat yang penuh barakah. Sekarang, kita berada dalam 10 hari kedua Ramadan - (Fasa mendapatkan keampunan daripada Allah SWT). Tinggal lebih kurang 3 hari lagi untuk menjejakkan langkah ke 10 hari terakhir Ramadan. Begitu pantas masa berlalu.

Bersempena dengan kedatangan Hari Nuzul Al-Quran yang sangatlah bermakna pada hari ini, aku ingin berkongsi serba sedikit mengenai apa itu Nuzul Al-Quran serta perkaitannya dengan malam Lailatul Qadar. Tak salah rasanya untuk saling mengingati antara satu sama lain. Di samping kita berkongsi untuk manfaat orang lain, sekaligus apa yang kita sampaikan dapat memberi manfaat untuk diri kita juga. Semoga kita semua sentiasa berada dalam Rahmat Allah SWT.






Nuzul Al-Quran

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga  seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)
al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqanbererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)
Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran
Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.
Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah  SWT.
Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)
Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan  berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan  bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.
Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.
 - Sumber ini dipetik daripada laman sesawang JAKIM-
Kesimpulannya,
Bersempena bulan ramadan yang penuh keberkatan ini, marilah kita sama-sama meraih keredhaan daripada Allah SWT. Perbanyakkan bacaan Al-Quran dan berusaha untuk mendapatkan keberkatan malam Lailatul Qadar. Sama-samalah kita menjadi insan yang terbaik dalam kalangan yang terbaik. Hidup hanya sekali. Manalah kita tahu bahawa mungkinkah Ramadan ini adalah yang terakhir bagi kita. Oleh itu, sentiasa bermuhasabah diri. Jangan kita melihat orang lain lebih daripada kita, sedangkan kita sendiri tidak sedar kelebihan yang tersembunyi dalam diri kita sendiri.
Sekian sahaja untuk kali ini. Semoga perkongsian ini dapat memberi satu input yang bermakna buat pembaca. In shaa Allah. Selamat Berpuasa.


Sunday 21 July 2013

Contest: Novel 13 Jam A380 - Bab 28

Assalamualaikum,

Akhirnya tepat jam 9.41 malam (21/7/2012 bersamaan 12 ramadan 1434H) selesai sudah menamatkan sambungan bab 28 untuk contest novel 13 Jam A380.  Karya kedua novelis Evelyn Rose dibawah penerbitan  Karyaseni yang akan terbit pada bulan Ogos 2013. Sangatlah-tak-sabar-nak-peluk-novel-13 Jam A380. Siapalah agaknya "jodoh" Hana Sofea yang sebenar? Mungkin Haydar, Fawwaz atau Fido? atau keajaiban akan berlaku kali ini? Kalau nak tahu haruslah dapatkan novel tersebut bulan depan. Kalau semua orang tak sabar, saya apatah lagi. hehehe....

Kononnya, masa kak Eve uar-uarkan pasal contest nie pada 25 Jun 2013 baru-baru ini, dah siap cakap dengan kak eve yang saya tak dapat join contest ini kerana sebab2x tertentu. Sangatlah kehampaan sedikit saat itu. Hanya mampu membaca entry mereka yang join contest ini sahaja. Tapi saya tak baca semua pun
disebabkan kesuntukan masa & mana tau kan kalau tiba-tiba saya nak join contest nie..tak mau nampak  sama dengan orang lain...=)

Hari ini, memang tiba-tiba saya ubah fikiran . Sebenarnya, entry bab 28 ini dah ditulis sejak awal ramadan lagi. Dalam masa seminggu dah siap. Tapi time tu mmg tak rasa nak publish kat mana2x pun sebab saya mana ada blog. Dan blog yang anda singgah ini merupakan blog yang baru saya create pada 14 Julai 2013. Bukan semata-mata nak join contest, tapi memang dari dulu teringin nak buat blog dan akhirnya menjadi jugak. BERDIKARI sendiri je bab2x mendekorasi blog ini. Tahniah buat diri sendiri!...Perasaan sangat...:p

Pada awalnya rasa berbelah bagi jugak samada nak masuk ke tak nak contest sebab saya tak rasa saya boleh menang dan berfikir gak boleh ke aku nie menulis novel?...rasa macam pelik je rasanya. Tapi kawan-kawan saya cakap, apa salahnya mencuba. Kalah atau menang tu adat pertandingan. Cuba dulu, jangan nak rendah diri sangat. So, saya rasa betul jugak apa yang diorang cakap. Tak salah mencuba kan...hehehe
Thanks korang sebab sudi "memotivasikan" diriku yang mempunyai tahap keyakinan diri yang rendah. Sadis kot!..huhuhu

Ok, tamat sesi membebel tak tentu hala. Terima lah hasil penulisan novel 13 Jam A380 - bab 28 yang suam-suam kuku ini. Maklumlah, saya tidak sehebat kak Evelyn Rose. Seorang penulis yang sememangnya pandai dalam mengolah idea menjadi sebuah cerita dan bermain dengan dunia imaginasi yang tinggi. *peace

Happy reading,guys!



13 Jam - A380 Part 28

Lelaki bersuit kemas warna hitam. Briefcase elok di tangannya. Kacak dan tinggi…Liur aku telan kesat. Kulit muka terasa tegang membahang. Dada berdebar seperti debaran sewaktu mencari Emmel tadi…

Haydar.

Aku menyeru namanya di dalam hati. Ya Allah, benarkah apa yang aku lihat saat ini? Dia berdiri di hadapan mataku.

Terkesima.

Terkaku.

Terkedu.

Tiga patah perkataan yang menggambarkan keadaan diriku ketika ini. Pertemuan semula setelah lama tidak bersua muka. Melihat dia berdiri di hadapanku, mengingatkan aku kepada kenangan manis yang dicipta oleh kami sewaktu menaiki penerbangan A380. 13 Jam yang memberi sejuta rasa buat diriku sepanjang perjalanan ke London tempoh hari.

      “ Are you Hana? My lovely Hana?...Thank God. We meet again. ” Haydar memulakan bicara. Melihat daripada reaksi mukanya, jelas menunjukkan rasa teruja kerana dapat bertemu semula denganku. Haydar berganjak ke hadapan sedikit demi sedikit. Dia seakan-akan mahu memelukku.

Oh, no!

      “ Stop here, Haydar! ” jeritku seraya menaikkan sebelah tanganku membuat isyarat berhenti  supaya Haydar tidak meneruskan langkahnya untuk mendapatkan aku. Aku seolah-olah tidak percaya dengan reaksi spontannya terhadapku.

Haydar tersentap. Lama dia merenung aku. Dia seolah-olah baru tersedar daripada mimpi.

      “ I’m sorry, Hana. Saya tak sedar apa yang saya lakukan tadi. Saya rasa macam bermimpi bila dapat bertemu semula dengan orang yang sangat istimewa dalam hati saya. You’re like drug for me Hana… ” Tutur Haydar setelah mendapat kekuatan untuk menyambung bicaranya semula.

Ayat itu! Ayat terakhir yang diucapkan oleh Haydar mengingatkan aku kepada kenangan yang pernah kami cipta sewaktu menaiki A380. Kata-katanya itu sedikit sebanyak menggambarkan perbuatannya pada aku sebentar tadi. Satu kepuasan buat dirinya setelah bertemu semula denganku barangkali.

      “ You’re like drug for me Hana…”

Drug?

Addictive?

Mengkhayalkan?

Atau too much and too often will caused him death?

      “ Overdose or a remedy ? ” Soalku perlahan…

Dia jungkit bahu. Ketawa perlahan sebelum menyambung, “ Awak buat saya lupa my reality…You creates another comfort world in my time zone…and I don’t know if this good or not for long term. ”

Lamunanku segera terhenti apabila terasa gerakan tangan Emmel menarik hujung bajuku. Emmel seolah-olah dapat merasa kegelisahan hatiku ketika ini. Aku memegang tangan si kecil Emmel lalu tersenyum ke arahnya. Aku merenung ke dalam mata Emmel sambil bermonolog di dalam hati.‘ Emmel, pinjamkan kekuatan sayang untuk mommy ya. Mommy tak kuat untuk berdepan dengan semua ini tanpa Emmel. You’re my strength.’

      “ What are you doing here? ” Soalan spontan yang terkeluar daripada mulut aku setelah lama kami membisu seribu bahasa.

      “ Thank you so much, Hana. You’re still concern about me. Well, the answer for your question is i’m done having a meeting with my client. Ermm, What about you? Who is the cute little girl? I heard that she calling you “ mommy ” a while ago. Your daughter? I don’t think so. ” Ucap Haydar seraya mencubit lembut pipi Emmel. Emmel segera berganjak ke belakang aku. Dia merenung Haydar tidak berkerlip.

Aku segera berpaling ke belakang dan menarik Emmel ke dalam dakapanku. Aku mencium pipi gebunya seraya berkata, “ Emmel, jangan takut sayang. Ini kawan mommy. You can call him, Uncle Haydar. Say thanks to him. He just save you, my dear. ” Emmel menggangguk lalu tersenyum menampakkan lesung pipitnya. Emmel berganjak daripada dakapanku lalu mengatur langkah ke hadapan untuk mendapatkan Haydar.

      “ Thank you Uncle Haydar. You’re like my Daddy. So handsome and kind person. ” Ucap Emmel sambil tersenyum manis.

      ‘ She’s adorable. ’ Haydar bermonolog dalam hati. Dia mencuit sedikit pipi Emmel lalu berkata, “ No, pleasure my dear. You’re so cute. What did you say just now? Your daddy is just like me, yeah? Hahaha…I hope I will meet your daddy soon. ” Haydar tergelak kecil dengan kata-katanya sendiri.

Haydar mengangkat muka dan memanahkan pandangannya ke arahku. Dia menyambung bicaranya, “ Hana, awak tak jawab lagi soalan saya tadi. Emmel ni siapa dalam hidup awak? ”

Aku tersenyum nipis seraya mengosok kepala Emmel. Baru sahaja aku hendak membuka mulut untuk menceritakan hal yang sebenarnya, tiba-tiba aku terdengar sesuatu. Bunyi tersebut datangnya daripada telefon bimbit si jejaka di hadapanku.

Haydar mengambil telefon bimbitnya yang terletak di dalam poket seluar lalu menjawab panggilan tersebut. Dia berganjak sedikit daripada tempat dia sedang berdiri, jauh daripada aku dan Emmel. Aku dapat melihat daripada sinar matanya yang tersenyum kegembiraan setelah mendapat panggilan daripada seseorang. Adakah yang menelefon itu kekasih hatinya yang berkerja sebagai seorang model itu? Hatiku mengeluh kecil. Aku sedar yang aku harus berhenti berharap untuk sesuatu yang tidak pasti menjadi milikku.

Aku teringat pesanan Fido kepadaku.

“ Hana…Jangan sia-siakan walau sedetik masa awak dengan menangisi…Look at that dandelion. Kalau awak sayangkan bunga ni, awak akan biarkan ia terbang…walaupun menjauh…walaupun tidak bersama awak… but it’s the best for it. It will grow again.. Flowering again..and all over again it will charm you with its beauty. Love is not about possession. Love is to let your love one lead a happy life, no matter how that person choose it. Not prioritising your happiness…If not, don’t call it love. Call it possession. Selfishness…”

      ‘ I will let him go. But how? ’ Aku berperang dengan perasaan sendiri.

Beberapa minit kemudian, aku melihat Haydar menyimpan semula telefon bimbitnya di dalam kocek seluar setelah selesai berbual dengan “ si dia ” yang entah siapakah gerangannya. Yelah, tak kan aku nak menyibuk dengan hal peribadi lelaki itu pulak kan. Walaupun hakikatnya, aku memang nak sangat tahu dengan siapa dia bercakap saat itu. Tapi tak apalah Hana, sabar itu indah.

Haydar mendapatkan kami semula lalu menyambung bicara, “ I’m really sorry. My friend’s call me. Dia nak ajak saya keluar lunch tapi saya cakap saya sibuk sekarang. Banyak saya nak tahu pasal awak Hana. So, saya rasa masa yang ada ini, dapatlah kita berkongsi cerita. Lagipun, tentu awal dengan your dearest, Emmel dah lapar kan. Jom kita lunch bersama. ”

Aku terkejut dengan kata-kata Haydar. Lunch together? It’s not the right time. I’m not ready yet.

      “ Saya rasa ini bukan masa yang sesuai untuk kita berkongsi cerita sebab… ” Aku berjeda sebentar. Aku tidak tahu ayat mana yang sesuai untuk menyambung bicara. Aku bukan tidak mahu untuk duduk berbincang dan berkongsi cerita dengan Haydar. Banyak yang aku  ingin tahu dan perlu tahu. Memandangkan Emmel ada bersama denganku, membantutkan sedikit keinginanku untuk bersama dengan Haydar walaupun cuma seketika. Aku berasa sangat tidak selesa dengan situasiku sekarang.

      “ Why Hana? Awak macam nak mengelak daripada saya. Awak tahu tak dah lama saya tunggu saat yang amat bermakna ini. Saat bertemu semula dengan insan yang benar-benar mengubah hidup saya. Saya berdoa semoga hari itu akan tiba. Saya rasa gembira sangat kerana detik itu menjelma jua. Bertemu awak semula membuatkan separuh hidup saya terasa bernyawa. Pertemuan saya dengan awak semasa penerbangan ke London tempoh hari membuatkan saya banyak berfikir tentang hidup saya. Saya bukan Haydar yang awal kenal dulu Hana. Saya dah belajar tentang sesuatu melalui awak. Thanks for everything you did to me. ” Ucap Haydar setelah merasakan aku tiada modal untuk menyambung bicara.

Aku terpempan dengan kata-katanya buat seketika. Hampir menitis air mataku mendengar luahan hati Haydar. Aku tidak menyangka perubahan yang berlaku kepada dirinya bertitik-tolak dengan pertemuan kami di dalam penerbangan A380. Walaupun aku tidak mengetahui seberapa banyak perubahan yang di alami olehnya tetapi aku dapat merasakan kelainan yang ditunjukkan berdasarkan sikap dan cara pertuturannya sebentar tadi.

      “ Haydar, untuk pengetahuan awak Emmel itu memang anak saya tapi bukan anak dalam erti kata yang sebenar. Dia seorang insan kecil yang dahagakan kasih sayang daripada seorang ibu. Saya memang tak sampai hati untuk lihat dia meronta-ronta untuk mendapatkan saya kerana dia ingat saya ni mommy dia dan saya tak dapat nak gambarkan apa perasaan saya saat diberi kesempatan untuk menjaga dia. Setakat itu sahaja yang boleh saya cerita tentang Emmel. Pasal luahan perasaan awak tadi…saya benar-benar tak sangka, disebabkan pertemuan kita dahulu awak mula berubah. Tak perlu berterima kasih kepada saya tetapi lahirkan rasa syukur awak kepada DIA yang telah menggerakkan hati awak untuk menjadi Haydar yang baru. ” Tutur Hana dengan nada yang lembut. Sesungguhnya pertemuan ini sedikit sebanyak menggembirakan hatiku.

Haydar tersenyum ke arahku. Pandangan matanya terasa meresap ke dalam hati dan jiwaku. Aku merasakan jantungku berdetak dengan kencang. Nafasku seakan-akan tidak berhembus dengan baik. Ya, Allah…apa yang berlaku denganku? Adakah pertemuan semula ini bakal merubah kisah hidupku. Terasa kebahagiaan itu kembang mekar di dalam hatiku saat ini.

Tiba-tiba aku terasa bahuku dicuit daripada belakang. Aku berpaling untuk melihat siapakah empunya diri yang menyentuh bahuku. Aku tersentak. ‘ Fa…Fawwaz!? Macam mana dia boleh ada dekat sini? Dia dengar ke apa yang aku dan Haydar bualkan tadi? Detik ini aku inginkan keajaiban berlaku dalam sekelip mata. Tapi mungkin ianya dah terlambat. ’

      “ Daddy…!!! ” jerit Emmel lalu berlari mendapatkan Fawwaz yang masih statik memandangku. Panahan matanya yang tajam sedikit sebanyak menanamkan perasaan takut dalam diri aku. Entah kenapa aku terasa diriku berada di awang-awangan. Aku memegang kepalaku yang terasa berpusing. Aku cuba untuk mengawal tubuhku daripada terjatuh.

Tiba-tiba…

      “ Hana…!!! ” Kedengaran suara Haydar dan Fawwaz memanggil namaku. Namun, saat itu aku hanya diam tak bersuara.

The End. (untuk bab 28 versi saya tulis, hehehe)

p/s: Tadi, saya suruh my best friends, Husna & Azie tolong baca dan edit apa yang saya tulis untuk bab 28 ini, dia cakap macam bukan saya yang menulis. Dia kenal macam mana stail saya kalau menulis. To be honest, memanglah versi penulisan kali ini berbeza sebab saya sambung kisah yang digarap oleh kak Eve. Kalau diri sendiri yang buat cerita lain lah sikit sebab idea & penulisan masing-masing punya gaya memang berbeza. Jangan salah faham, saya bukan novelis ke apa, tapi saya hanya insan biasa yang serba kekurangan. Terima kasih kepada insan2 yang menyokong dan memberi komen berkenaan entry ini sebelum dipublish di  dalam blog & akan disubmit kepada kak Eve. Jasamu akan ku kenang.

Kepada sesiapa yang baik hati membaca sambungan novel 13 Jam A380 bab 28 versi " angan2" saya ini, saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih. Sebarang komen yang jujur lagi ikhlas amatlah dihargai. Semuanya saya terima dengan hati yang terbuka sebab saya rasa cerita orang lain lebih mengancam lagi daripada cerita yang saya tulis. hehehe...Salam sayang & terima kasih.

With Love,
Izzati Aisyah

Friday 19 July 2013

Malaysian University English Test(MUET)

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk terus bernafas di bumi-NYA. Semoga kita sentiasa di bawah perlindungan DIA.

Hari itu, 9/7/2013(Selasa)...aku selamat menduduki kertas 2 untuk speaking test bagi MUET. Cuak yang amat. Yelah, aku ni mana nak pandai sangat ber-speaking bagai ni. Kalau main tali "skipping" tu pandai lah...:p

Seminggu sebelum tu memang dah prepare segala bagai dengan rakan2 yang lain, tapi biasalah bila darah gemuruh sampai semua benda jadi lain. Bila dah dipanggil masuk bilik kuarantin tu, aku dah mula seram sejuk. Kumpulan aku yang paling last sekali & yang lebih "special", pengawas yang bertugas tolong bukakan pintu dan mempersilakan kami masuk. uwaa, terharu jap. Tapi dah masuk je kat dalam bilik mesyuarat(merangkap bilik exam kami), mmg tak dapat dinafikan aku jadi lain. hahaha...lain yang macam mana?...ermm, tetiba aku bercakap perlahan, pengawas suruh buka soalan untuk task A, aku pergi buka soalan task B and so on..alahai, malu kot masa tu. Nasib baik ada rakan baikku merangkap "candidate C"
 (opkoslah Che Mat) menolong diriku ini..thank u, dear!...kalau ingat2kan balik mmg kelakar...hailaa..

Esok pula, 20/7/2013(Sabtu)...aku bakal menduduki peperiksaan kertas 1(Listening),3(Reading) & 4(Writing) untuk MUET pada kali ini. Inilah exam terakhir sebelum aku mengucapkan selamat tinggal untuk mu, wahai MUET...hehehe...nanti mesti rindu dekat Teacher Iza Mardiana yang comel lagi baik hati itu. Takpe, duduk dalam sekolah yang sama, konfem akan berjumpa lagi...yehaaa

Last but not least, aku harap untuk peperiksaan kali ini aku akan mendapat sekurang-kurangnya Band 4 dan ke atas. Memang bukan mudah tetapi pepatah inggeris ada mengatakan " When there is a will, there's a way". Cuba selagi terdaya wahai cik Izzati. U can do it!..Lepas nie boleh tumpukan dekat exam dan PBS 100%. Penggal 3 ini sangatlah mencabar emosi, mental & fizikal. Walaubagaimanapun, kena hadapi dengan senyuman. Ini lah penentu masa hadapan mu yang seterusnya, Izzati. Never Give Up!





Wish me luck, ok!..daaa

With Love,
Izzati Aisyah

Wednesday 17 July 2013

Selamat Hari Lahir, Ibu

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, hari ini dah masuk hari ke-8 umat islam berpuasa. Syukur kerana Allah SWT masih memberi aku kesempatan untuk merasai nikmat berpuasa di bulan yang mulia ini. Kita sebagai manusia sendiri tidak tahu bila kita akan mati kelak. Mungkin ini adalah ramadan kita yang terakhir. Jadi, sama-samalah kita bermuhasabah diri. Memperbaiki kelemahan diri yang ada. Aku juga bukan insan yang baik tetapi aku berusaha untuk berubah menjadi baik.

Hari ini juga merupakan hari istimewa buat Ibuku tersayang, Ramlah bt Abdullah yang menyambut hari kelahirannya yang ke-61 tahun. Terima kasih Allah kerana memberi kesempatan buat diriku untuk merasai lagi kasih sayang daripada ibunda tercinta. Dialah segalanya bagi diriku. Kalau apa2 yang berlaku dalam hidupku pasti orang pertama yang akan ku beritahu adalah ibu ku sendiri. Dialah penawar, dialah pendamping yang paling memahami diriku.

Aku tahu aku masih tidak mampu membalas segala jerit perihnya membesarkan aku tetapi jika ibuku masih diberi kesempatan untuk bernafas sehingga diriku dewasa kelak, akan aku berbakti kepadanya dan juga abahku yang tersayang.

Kadang-kadang dalam menjalani kehidupan seharian, aku ada juga mengeluh dan membuat sikap sambil lewa jika ibuku menyuruh aku melakukan sesuatu...(ya, sikap itu yang aku usahakan untuk mengubahnya)...rasa tak tertanggung dosaku sebagai seorang anak...tapi aku cepat tersedar, melalui segala pengorbanannya terhadap diri ku selama ini.

Pagi tadi, kami berdiskusi dari hati ke hati tentang sesuatu. Aku menangis mengenangkan nasib yang menimpa diri ini lalu ibuku pun turut mengalirkan air matanya. Dia memberi aku semangat untuk aku bangkit berjuang dalam kehidupan. Dari situ, aku sedar. Baru sedikit dugaan yang aku tempuhi, tetapi aku hampir lemah semangat. Sedangkan Ibuku lebih banyak melalui cabaran & dugaan dalam kehidupan sepanjang membesarkan kami adik-beradik.

Akhir kata, Selamat Ulangtahun ku ucapkan buat ibuku tercinta. Terima kasih atas segala pengorbananmu terhadap diriku. Semoga Allah sentiasa memberkatimu di dunia & di akhirat. Maafkan segala silap & salahku sepanjang bersama melalui kehidupan ini denganmu. Love u so much.. May Allah Bless You... Amenn...:)

-Hargailah ibu selagi dia masih hidup, kalau kita mensia-siakan dia, kelak diri kita yang akan menyesal di kemudian hari. Syurga itu di telapak kaki ibu.-

Semoga Allah sentiasa memberkati diri kita. Keampunan Allah terletak pada keampunan ibu bapa & keredhaan Allah juga terletak pada keredhaan ibu bapa. Renung2kanlah.

with love,
Izzati Aisyah

p/s: lagu yang tak jemu didengar. Special for " MY MOTHER".

https://www.youtube.com/watch?v=srILXvwonbc


Monday 15 July 2013

Ujian Itu Pembangkit Semangat

Assalamualaikum,

Hari ini merupakan hari yang mendebarkan. Detik yang tidak mahu aku nantikan sebagai seorang pelajar. Namun aku terpaksa menghadapinya walau apa jua keputusan. Kita sebagai manusia sudah berusaha dan bertawakal kepada DIA. Oleh itu, segala pemberian daripadaNYA harus diterima dengan hati yang terbuka.

Aku menangis sendiri. Mengenangkan apa yang terjadi. Entah kenapa aku merasakan bahawa aku telah melakukannya dengan sehabis baik tetapi ianya bagai tidak membuahkan hasil yang memuaskan hatiku. Namun, aku seharusnya bermuhasabah diri. Mungkin Allah ingin menguji aku disebabkan aku terlalu lalai dan leka dengan kehidupan duniawi yang tak pernah habis untuk diterokai. Mungkin juga Allah ingin menghadiahkan aku "pelangi" setelah dia menghadirkan "hujan" di dalam hatiku.

Hidup itu tak selalunya indah. Kadangkala kita di atas & ada ketikanya kita di bawah. Aku seharusnya bangkit demi mengharungi ujian kecil ini. Ianya bukan penamat dalam perjalanan hidupku. Allah tidak akan mendatangkan sesuatu ujian di luar kemampuan hambanya. 

Dont be sad. Setiap perkara yang berlaku ada hikmah yang tersendiri. Be strong, Izzati!...no matter what happen.~

With Love,
Izzati Aisyah

p/s : artikel yang dipetik daripada blog iluvislam.com. Semoga ianya memberi semangat baru bagiku. Aminn.

Sunday 14 July 2013

Coretan Rasa Hati

Assalamualaikum,

14/7/2013 bersamaan 5 Ramadan 1434H

Tarikh yang bermakna untuk dikenang. Saat yang sangat dinantikan sejak dahulu lagi. It's me, Izzati Aisyah Md Nor. Sudah mempunyai blog tersendiri. ALHAMDULILLAH. Sejak dahulu, cuma mampu berangan mempunyai blog. Maklumlah, aku sering melabelkan diriku tidak setanding orang lain. Tidak pandai serba serbi. What we call that? "kuno", isn't it?...hehehe...

sebab utama aku membuat blog:

1) sudah semestinya ingin berkongsi kisah suka duka kehidupanku selagi nafasku masih diberi pinjam oleh Allah SWT

2) menyahut cabaran kakakku & mahupun rakan-rakanku yang tersayang. Almaklumlah, diorang selalu cakap kalau di "muka buku" @ facebook, aku selalu meng-update status yang panjang2x...so, apa kata kalau izzati sayang buat blog, nak taip sampai berpuluh-puluh perkataan pun tak mengapa. hahaha...
ok, fine my lovely dovey sis and friends! I'm done create my own blog!...Yehaaa

3) dan sebab yang paling utama, aku memang suka MENULIS & BERCERITA. Tak kira kisah yang aku coretkan itu berdasarkan pengalaman sendiri mahupun kisah suka duka insan disekelilingku. Kata orang,  "Belajarlah daripada pengalaman. Mungkin ianya akan mendewasakan diri kita." 

Dan sesungguhnya, aku memang telah belajar daripada pengalaman. Pengalaman yang memberi satu kesan yang mendalam dalam hidup. Namun, tidak sesekali aku akan berputus asa untuk terus hidup. Yelah, kita hidup di atas dunia ini hanya sekali. Belajar dan terus belajar untuk menerima diri ini seadanya. Be Yourself & Make us proud of u, dear Izzati!

Last but not least, I want to share something with u alls. My lovely sis give it to me last years ( u know who u are). Her words give me a lot of motivation day by day.

#1
Lets, Bloom like the flowers,
Shine like the sun!
- Never Give Up-

#2
Lets be free like the sun,
Lets be fun like the butterfly,
Lets put a smile even if the world SPUN,
Happiness everyone's dream,
but not many know how to create it!
FREE YOUR HEART & SMILE.

Sekian sahaja untuk coretan rasa hati kali ini. Semoga bertemu lagi. Salam perkenalan semua. Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan. Bye alls!

With Love,
Izzati Aisyah