Thursday 30 January 2014

"2ND GIVEAWAY BY NABILAMEDAN"


2ND GIVEAWAY BY NABILAMEDAN


Tekan Banner diatas untuk sertai giveaway ini. Giveaway ini mendapat tajaan daripada Hazwan Hairy, Zara Nurhaidah, Akma Khaieri, Emas Putih, Ieta Mad Sa'ad, Nur Shuhada Abdullah, Julia Jamaludin, Amirul Syahnaz dan Blog Eita. Giveaway ini dianjurkan oleh Nabila Medan.
Top Refferal bakal membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM50. Hadiah bagi kategori cabutan bertuah ialah seperti Wang Tunai RM100, Wang Tunai RM20, Bag, Shawl Satin, Shawl Glitter, Novel, Havoc Tshirt, Geek Tshirt, Wolf88 Tshirt, Topup, Kasut, Rantai dan juga Subang. Sebanyak 15 orang pemenang bertuah dicari bagi memenangi hadiah-hadiah tersebut. Giveaway kali ini mencari seramai 16 orang bagi mendapatkan hadiah dalam kategori top refferal dan juga kategori cabutan bertuah.

Wednesday 29 January 2014

1st Mini Giveaway 2014 by Shad

1st Mini Giveaway 2014 by Shad

Greetings and Assalamualaikum to all. Hasrat Shad nak buat Giveaway 
untuk tahun 2014 ni akhirnya tercapai jugak. Jemput semua join ya.


KLIK BANNER UNTUK JOIN

Hadiah :

Power Bank x1
T-shirt x1
Novel x2
Long Necklace x1
Shawl x1
Bracelet x4
Ellips Hair Vitamin x2
Fridge Megnet x1
Top-up RM5 x10
Top-up RM10 x3

Lima peserta pertama dan terakhir dapat hadiah misteri!



Wednesday 22 January 2014

"Giveaway Birthday Azhafizah"

Assalamualaikum,

Jom join GA daripada sis Azhafizah. Hadiah menarik menanti anda!


*klik banner untuk join*

Untuk makluman korang, setiap penyertaan blogger akan menerima softcopy calendar 2014 desktop wallpaper {resolution : 1152x864} yang unik seperti dibawah ini :


(boleh gantikan nama korang dalam bulatan itu)

Hadiah utama yang diterima pemenang ialah:

TOP REFERRAL 1
Full Design Blog

TOP REFERRAL 2
Header Blog

TOP REFERRAL 3
Watermark

ENTRY KREATIF
Vector Potrait x 3 Pemenang [softcopy only]

Giveaway ini akan berakhir pada 7 February 2014 pukul 11.59 pm. Jadi, apa tunggu lagi. Jom join ramai2x

With Love,
Izzati Aisyah

Tuesday 14 January 2014

Salam Maulidur Rasul

Assalamualaikum,

Di sini saya ingin mengucapkan Salam Maulidur Rasul 1435H kepada semua umat islan terutama yang mengenali diri ini. Marilah kita sama-sama mengimarahkan sambutan ini dengan berselawat kepada Nabi Muhammad SAW.

sumber: google




:')

With Love,
Izzati Aisyah

Saturday 11 January 2014

Mini GA Bookmark Limited Edition By Emas Putih

Assalamualaikum


Mini GA Bookmark Limited Edition By Emas Putih di anjurkan oleh Emas Putih dan disponser oleh Zara Nurhaidah dan Iluvtour. Siapa yang nak join sila tekan banner di atas :)

Wednesday 1 January 2014

2013 Dalam Kenangan, 2014 Capai Impian

Assalamualaikum,

Hari ini merupakan hari baru untuk tahun yang baru. 1 Januari 2014. Permulaan tahun yang penuh impian berselang dengan debaran yang bakal menghiasi diriku. Semalam, 2013 dah melabuhkan tirainya.

Di kesempatan ini aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2014 kepada semua yang mengenali diri ini dan tentunya pembaca blog The Journey Of My Life. Terima kasih kerana sudi menjengah, baca & follow blog aku yang tak seberapa ini. Mana yang baik, ambik sebagai pengajaran, yang buruk dijadikan sempadan. Marilah kita mulakan tahun ini dengan azam yang baru.

Impian aku untuk tahun ini :

1. Memulakan hari baru dengan menjadi seorang yang lebih matang. Kalau nak buat sesuatu tu harus fikir baik & buruknya dulu. Jangan pakat buat jer. Tahun lepas pun, sikap tu tak berubah jugak tapi in shaa Allah, tahun ini moga dipermudahkan utk berubah ke arah yang lebih baik.

2. Berjimat. Kalau tahun 2012 & 2013, aku nie gila2 sangat mengumpul novel tapi tahun nie akan dikurangkan tabiat itu. Dikurangkan ya, bukan berhenti terus. Kalau penulis favourite aku keluarkan novel2 baru tahun nie, wajib beli lah. Nanti terbakor lak hati dan perasaan. Aku pun mana leh kalau tak baca novel, rasa macam kurang something je nak buat time2 senggang.

3. Beli Laptop. Tak kira lah jenama apa asalkan aku boleh guna untuk buat assigment bila dah sambung belajar nanti. Bukan tak sayang dengan netbook yang sedia ada nie tapi terasa jugak nak guna yang baru. Kalau dapat result gempak, apalah salahnya aku membodek abang2 ku untuk belanja sebiji laptop...hahaha...tu pun kalau result, ok! Uwaa...harap2 rezeki untuk dapat result cemerlang berpihak kepadaku. Aminn...Kalau tak kena kumpul duit sendiri beli tapi jenuhlah nak mengumpul dari bulan nie. Rasa macam tak sempat je kalau RM50 sebulan...huhuhu...*berharap akan ade keajaiban

4. Dapat keputusan yang cemerlang dalam STPM.

5. Dipermudahkan segala urusan untuk ke Universiti nanti. ( in shaa Allah, kalau ada rezeki)

( itu je dulu, kalau ada nanti, tambah lagi)

Debaran untuk tahun ini :

1. Menunggu result STPM yang entah bila akan keluar. Maklumlah, aku nie kan first batch untuk sistem modular STPM. Tunggu pengumuman daripada cikgu2 dan tengok kat tv jelah bila result akan keluar. Sangatlah cuak!

2. Kalau dah dapat result nanti, haruslah isi borang untuk kemasukan ke Uni kan? Debaran yang aku alami sekarang ialah, uni mana yang akan pilih aku untuk menjadi sebahagian daripadanya. Cuak jugak takut tak layak. Adik beradik di atas aku, ramai yang berjaya masuk Uni @ Maktab dan dapat kerjaya yang bagus jugak. Aku je tak tau lagi. Redha je lah..

Semoga impian aku akan tercapai & diberi kekuatan untuk mengatasi debaran yang menggila di dada ini. Harapanku untuk tahun ini juga adalah untuk menggembirakan hati semua orang yang menyayangi aku. Semoga diperkenankan, Ya Allah.

Happy New Year. Apa azam korang pula? Aku doakan semoga ianya tercapai tahun ini.....:)


Bye-bye 2013, Welcome 2.0.1.4

With Love,
Izzati Aisyah