Tuesday 4 February 2014

Saat Penuh Debaran

Assalamualaikum,

Macam biasalah aku, kalau tak "berdating" dgn hero dalam novel, memang sah2 duk menghadap fb malam2 begini. Maklumlah "penganggur terhormat" kan. Time ni lah nak menghadap benda2 nie, kalau dah sambung belajar balik jaranglah kot nak menghadap novel & ber-online 24 jam..huhuhu

Dalam duk membaca status geng2 fb tu tetiba my bestfriend update something yang aku-dengan-paksa-rela-harus-terima yang harinya bakal menjelang tiba jua. Apakah? Haruslah pasal result STPM. Uwaa, dupdap dupdap rasa hati bila rasa tarikh tersebut semakin menghampiri.

*Info terbaharu:

Keputusan STPM P3 (2013) - 10 FEB


Keputusan STPM Ulangan P1 & P2 (2013) - 17 FEB


Info diperoleh daripada laman sesawang Majlis Peperiksaan Malaysia & Group Persatuan Pra-Universiti 1 Malaysia

Keputusan STPM 2014 (P1) - 17 FEB
Keputusan STPM 2013 (KESELURUHAN) - 19 MARCH
( 2 tarikh di atas ini belum konfem lagi. Sebarang pembaharuan tarikh akan diberitahu kemudian)

Adakah ini mimpi atau realiti? Fuhhhh! Buat masa sekarang, aku hanya mampu berdoa & berserah segalanya kepada Allah SWT. Hari tu aku dah berusaha dgn "berperang sakan" menjawab soalan2 exam, so sekarang harus tabah menerima apa jua keputusan yang akan keluar. Harap2 ia akan membawa satu kegembiraan dalam hidupku. Tak sanggup rasanya nak mengulang sejarah SPM 2 tahun lalu. Bukan teruk sangat result aku, dapat 5 kredit gak time SPM tapi itu belum cukup memuaskan hatiku. Hopefully, result STPM lebih memuaskan hatiku & yang paling penting dapat masuk Universiti lah lepas nie...Aminn..

Untuk semua pembaca blog TJOMY, doakan aku supaya mendapat keputusan yang cemerlang ya. Semoga bertemu lagi di lain entri...daaa


*kata2 yang membakar semangatku hari demi hari untuk terus berusaha tanpa mengalah*

With Love,
Izzati Aisyah

2 comments:

  1. [sya] : fighting !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yehaaa...hati still dupdap dupdap juga nie...semoga result kali ini memberi kegembiraan buatku...;)

      Delete