Tuesday 22 April 2014

1st GIVEAWAY BY DIANARASHID.COM

Assalamualaikum,

Jom join Giveaway daripada sis Diana Rashid nie...


klik banner untuk join

Ikuti syarat penyertaan yang simple dan menangi hadiah yang menarik. Kalau nak tahu SENARAI HADIAH, klik SINI 

Tarikh tamat : 1.5.2014

With Love,
Izzati Aisyah

Tuesday 15 April 2014

Debaran Terakhir

Assalamualaikum,

Hari ni merupakan hari kedua terakhir debaran terasa. Apakah? Macam yang pernah aku ceritakan dalam post ini. Kalau korang dah baca tahu ler. Ada 2 subjek yang aku repeat untuk penggal 3. Alhamdulillah, ada satu subjek tu naik mendadak dan tak pernah terfikir pun akan dpat result sebegitu. Terima kasih Allah. Dalam hidup aku sepanjang di ting 6, first time dapat result camtu tau. Serious tak tipu. Rasa macam usaha aku tu berbaloi-baloi dengan pergi kelas, aku kaji balik setiap kesalahan kecil yang aku buat, study group dengan rakan2 seperjuangan dan tak lupa berdoa kepada Allah untuk dipermudahkan segala urusan. Manakala untuk subjek satu lagi, aku tahu tahap kemampuan aku macam mana. Ianya tak mencapai target yang aku nak tapi meningkat juga daripada yang dulu. Pokoknya, aku bersyukur dengan apa yang aku dapat hari ini. Mungkin Allah merancang sesuatu yang terbaik untuk aku di masa hadapan.

Untuk yang tak tahu lagi, result keseluruhan STPM 2013 untuk pelajar2 yang repeat penggal 3 baru-baru ini akan keluar pada 24 April 2014. Ini maklumat yang aku terima daripada kawanku di fb. Ada seorang hamba Allah ini hantar email kepada MPM untuk tahu bila result keseluruhan akan keluar. So, ini jawapan yang diberi oleh wakil daripada MPM sendiri :



Kalau tanya aku, opkoslah berdebar-debar nak menunggu tarikh 24 April (Khamis depan) untuk memegang sendiri slip peperiksaan. Seriousy aku cakap, masuk form 6 kena kuat semangat! Dah bermacam dugaan yang manis dan pahit aku lalui di SMKPM. Dari ting 1 sampai ting 6 aku berada dekat sekolah yang sama. Orang lain lepas habis form 5 dah terbang jauh tapi aku masih di situ. Tapi aku bersyukur sangat2 sebab bila aku masuk form 6, banyak benda yang aku dapat belajar. Benda yang selama ni aku takut nak buat, jadi terbuat! Benda yang aku tak suka, jadi suka. Semuanya disebabkan sokongan rakan2 yang tak berbelah bagi. Alhamdulillah...:)

Kepada semua yang "senasib" dengan aku, aku nak ucapkan gudluck for your becoming result. Walau apa jua keputusan yang kita dapat, itulah apa yang kita usahakan selama ini. Bagi yang berjaya mendapatkan pointer yang lebih tinggi, aku ucapkan tahniah! Bagi yang gagal untuk kali ini, aku nak bagitahu, jangan putus asa lagi. Masih banyak cabang rezeki yang ada di muka bumi ini. Kalau tak dapat masuk universiti, cari kerja dulu. Kumpul duit dan kutip segala apa yang terjadi di sekelilingkita  sebagai satu pengalaman yang boleh memberi pengajaran dalam hidup. Daripada situ, kita akan dapat idea untuk menaiktaraf hidup kita supaya jadi lebih baik. Aku pun tak tau masa depan yang bakal aku lalui macam mana. Itu semua bergantung kepada rezeki yang dikurniakan oleh DIA.

Kejayaan akan datang dengan usaha yang gigih. Tak sesekali ia datang bergolek. Kita yang boleh mencorakkan hidup kita sendiri. Mari kita muhasabah diri dengan membaca artikel daripada iluvislam : Pelangi Selepas Hujan. Setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya wahai teman2. Semoga kita terus berjaya di dunia dan di akhirat. Jadikan ujian yang mendatang sebagai satu jalan untuk kita memperbaiki diri. Jangan bersedih. Bangun demi kehidupan akan datang. Yang paling penting, dekatkan diri kepada Allah SWT selalu. 



Sampai di sini sahaja coretan rasaku ini. Kalau ada salah dan silap dalam post ini, harap dimaafkan. Semoga kita semua berada dalam keberkatan Allah SWT. Aminn..

With Love,
Izzati Aisyah

Sunday 13 April 2014

Again!

Assalamualaikum,

Hari nie tak mau tulis banyak tapi nak share something yang pasti memberi debaran dekat pelajar-pelajar tingkatan 6 batch 2013. Jeng! jeng! jeng!



Sumber : Portal Rasmi MPM 

Result UP3 nak keluar dah u alls...Sila bertabah!
(sila abaikan typo bahagian tarikh kat bwah tu yer. Biasalah sistem komputer nie, kadang2 tak betul sikit)

Gudluck untuk semua rakan2 seperjuanganku. Semoga mendapat keputusan yang memuaskan hati.
Result keseluruhan bila? nanti aku inform semula ya. Yang penting tarikh die, 20 hb dan ke atas. Tu je yang aku tahu. Ape2 hal akan diupdate di blog aku yang tak seberapa nak best nie..ngeee

Sampai di sini dahulu untuk coretan kali ni. Sayang korang semua ketat2x...:)

With Love,
Izzati Aisyah

Wednesday 9 April 2014

Monday 7 April 2014

Mimpi Atau Realiti?

Assalamualaikum,

Tengah buat apa tu korang? Cehhh, macam ade orang nak jawab kan kalau aku tanya...hahaha. Malam nie, terasa bosan pula dan terasa nak meluahkan rasa sikit. Siapa tahu bulan 4 nie ada event ape dekat PWTC? Bohonglah, kalau ada yang tak tau kan. Kepada sesiapa yang memang "ulat buku" haruslah rasa teruja giler tak hengat sebab nak pergi sana. Bukan sahaja sebab nak beli buku, tapi nak jumpa penulis-penulis kesukaan juga.


PBAKL 2014

Hah! Sekarang dah tahu kan apa yang bakal berlangsung, kan? Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur kali ke 33. Dah msuk yang ke 33 tapi aku tak pernah walau pertama kali pun menjejakkan kaki ke PWTC nie tau. Sadis sangat2x rasanya. Memang kali ini teringin + terasa + teruja nak pergi tapi semua itu bergantung kalau abang aku nak pergi KL time tu. Kalau tak aku akan naik bas ke KL tapi masalahnya sekarang aku tak kisah nak pergi sorang2x naik bas tapi my mom biasalah, risau kot nak lepas anak dia nie pergi jauh2 sorang diri. 

Bila aku cakap, nanti bila dah belajar jauh dari Terengganu kena naik bas atau flight (berangan leh belajar kat Sabah @ Sarawak) sorang diri gak. Ma aku cakap, kalau yang tu tak apalah, sebab dah tahu tempat tinggal tu kat mana. Oklah, Ma...saya yang menurut kata. Tapi kalau ditakdirkan boleh lepas ke sana, mmg happy sesangat. Hopefully, dapatlah pergi walau ianya sekali dalam seumur hidup. Dapat gak merasa pesta buku besara-besaran tu macam mana dan dapat jumpa penulis kegemaran macam kak Syamnuriezmil, kak Suzana Sulaiman, kak Sarah Marissa, kak Farah Husain dan ramai lagi. Maklumlah sekarang dah banyak penerbitan baru dibuka. Jadi banyak tempat nak singgah.

Selama nie, aku selalu beli buku dibawah penerbitan Alaf 21, Buku Prima, Karyaseni, Jemari Seni dan Kaki Novel. Sekarang dah tambah dengan penerbitan baru macam Idea Kreatif Publication, Lovenovel Publication, Karystos Creative, October and so on. Nak senaraikan, sampai esok pun tak habislah jawabnya. Tapi kalau aku pergi pun, tak terjah semua booth. Pergi dekat booth yang aku nak beli novelnya sahaja. Kebetulan pulak novel2 terbitan PBAKL kali nie mmg membuatkan bahang "kepanasan" itu terasa. Maklumlah, semua best2x. Itu baru sedikit yang aku tahu. Tak semua penerbit lagi yang tunjuk cover2 buku baru diorang. Mahunya pengsan. Misi nak mengurangkan pembelian novel tahun nie macam tak jadi je untuk bulan 4 & 5. Bulan 1 hingga 3 baru nie ok lagi. Maklumlah, aku nie cepat tergoda dgn cover dan sinopsis novel yang best2x. Sabor jelah....

Persoalannya sekarang, adakah ia akan menjadi suatu mimpi atau kenyataan untuk diriku? Tunggu dan lihat jelah nanti. Kalau ade rezeki aku ke sana, aku akan update gambar2 aku kat sana di dalam blog. Jeles kot dengan orang2 yang selalu berkesempatan ke sana tiap2 tahun. Itu pun kalau aku memang dapat pergi sanalah ya...in shaa Allah...Amin.

Sampai di sini sahaja coretanku buat kali ini. Terima kasih sebab sudi baca. Muahhss

With Love,
Izzati Aisyah

Giveaway Simple-Simple by Shad

Greetings and Assalamualaikum to all.
Jemput Join ya.


Klik Banner untuk Join

Senarai Hadiah

R Series Luxury Set from Cosway x2
Novel Pilihan Sendiri x5
R Series Hand & Body Lotion x3
Bawal Plain + Cute Brooch x3
Top-up RM5 x5

Due Date : 21 April 2014

Saturday 5 April 2014

Jodoh Berdua

Assalamualaikum,

I know. Ada je yang menjejakkan "mata" ke blog ini. Tapi maaflah tak berupdate setiap masa sebab tak ada topik menarik untuk diceritakan selagi aku masih menanam anggur di rumah...hehehe. So layan jelah kemerapu-meraban aku dengan post yang biasa2 saja. Tapi kan, aku terperasan something, kebanyakan mereka yang menjengah ke blog nie, pasal nak tahu tarikh2 keputusan STPM diumumkan. Rasa macam diri ini penyampai berita yang tak bertauliah pula. Thanks ye korang. Nanti aku share lagi bila result penggal keseluruhan untuk yang mengulang P3 baru2 ini akan keluar. Ada orang cakap akhir bulan 4 tapi nnti lah, bila dah sahih aku bagitahu ya.

Berbalik kepada tajuk entry kali ini. Jodoh Berdua. Jangan fikir bukan2 ya. Tak terasa nak kahwin pun lagi tau. Persoalan jodoh nie tak siapa yang tahu kecuali Allah SWT. Bercintalah bagai nak rak pun tapi kalau dia bukan jodoh kita tak guna juga. So sebagai seorang wanita, kita kena pandai jaga diri. Tak perlu memberi cinta kepada yang bukan halal. Istilah couple tu takde dalam islam. Bagi aku, kalau betul2 dia sukakan kita, dia cakap terus dengan parents kita. Tak yah nak tabur janji manis segala. Buktikan yang awak tu gentleman.  Jangan merosakkan hati dan perasaan kami sebagai seorang wanita. Kami nie cepat tersentuh dan sangatlah sensitif kalau melibatkan cinta.


Pokok pangkalnya, cintai Allah...kita akan memiliki segalanya. Letakkan cinta terhadap Allah yang teratas. Hidup kita akan lebih membahagiakan. Walau apa pun yang berlaku, berdoalah supaya kita mendapat jodoh yang baik. Seperti yang dinyatakan dalam surah An'Nur ayat 26 : " Perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik." Sebelum menginginkan jodoh yang baik, haruslah kita mengubah diri kita sendiri untuk menjadi lebih baik.

Last but not least, aku juga berharap aku dipertemukan dengan si dia yang mampu membimbingku ke arah kebaikan, menerima setiap kelebihan dan kekuranganku dan sentiasa ada ketika aku memerlukannya. In shaa Allah.

Kebelakangan nie, aku suka dengar lagu Hafiz Hamidun nie. Antara lirik yang terkesan di hati ialah :

Sungguh aku percaya,
Ketentuan yang Esa,
Jodoh berdua begitulah takdir...

Thanks to kak Suzana Sulaiman yang memperkenalkan lagu ini dekat aku. Lagu nie merupakan "lagu tema" lah untuk novel keduanya yang bertajuk Jodohku & Janji-Nya. Kalau nak baca bab awal, boleh baca kat blog penulis : Every Heart Has A Story To Tell

Tapi jangan lupa, dapatkan novel pertama kak Suzana Sulaiman yang bertajuk Cinta Kita. Novel nie dah masuk cetakan kedua tau!


Tajuk : Cinta Kita
Tarikh Terbit : Jan 2014
Penulis : Suzana Sulaiman
Bil. Muka surat : 512
Terbitan : Idea Kreatif 

Kalau nak baca bab awal novel nie, blog baca dalam blog kak Su macam link yang aku beri kat atas. Bila dah baca bolehlah "berkongsi rasa" atau review dekat group ini. Wah, macam dah jadi promoter novel kak Su je nie..hihihi

Ok, sampai di sini saja untuk kali ini. Semoga bertemu lagi di lain entry. Terima kasih sebab sudi baca.

Sebelum tu, meh dengar lagu Jodoh Berdua dulu. Memang  aku dah "stuck" dengan lagu nie. Best sangat! Tapi lain orang, lain pandangan kan. Tak kisahlah...peace!



With Love,
Izzati Aisyah