Saturday 31 May 2014

All Of Me - John Legend

Assalamualaikum,

Hari tu aku berkisah pasal lagu Cinta Sesungguhnya, sekarang aku nak berkisah pasal lagu favourite lagi! Kali nie lagu inggeris, ok! Mula2 aku dengar lagu nie melalui kak su, penulis novel Cinta Kita. Lagu ini kiranya dijadikan lagu tema untuk novel ke-2 beliau yang bakal menyusul akhir tahun ini atau tahun depan iaitu JnJ. Kalau nak baca bab awal, boleh jenguk blog ini : Stories Of The Hearts. Dalam tu ada bab 1-12. Dan satu je aku nak bagitahu, bila dah baca JnJ pasti korang akan cakap, so sweet! Apa yang sweet? Watak hero dia lah, Jihad Mikael. Ibarat luahan perasaan hero terhadap heroin dalam kisah ini, sama dengan perjalanan lagu yang akan aku kongsi nanti. Dan ada ramai juga penulis lain yang menggunakan lagu nie sebagai tema cerita mereka tapi dengan olahan jalan cerita yang berbeza lah.


Inilah tajuk penuh JnJ : Jodohku & Janji-Nya.  Kredit to N.S yang bikin cover super ohsem nie! Aku suka sangat. Ini bukan cover novel itu ya. Ini cover biasa sahaja. Kalau nak tunggu yang sebenarnya, kena tunggu mss itu disiapkan oleh kak su dan dihantar kepada pihak penerbitan iaitu Idea Kreatif. Lepas tu, korang boleh enjoy baca kisah Jihad & Jannah dalam versi cetak. Yeay! Harap2 tahun nie lah keluar...;)

Ok, ini pulak lirik lagu yang aku minat tu, enjoy!

[Verse]

What would I do without your smart mouth
Drawing me in, and you kicking me out
Got my head spinning, no kidding, I can't pin you down
What going on in that beautiful mine
I'm on your magical mystery ride
And I'm so dizzy, don't know what hit me, but I'll be alright

[Bridge]

My head under's water 
but I'm  breahthing fine
You're crazy and I out of my mind

[Chorus]

Cause all of me
Love all of you
Love your curves and all your edges
All your perfect imperfection
Give your all to me
I'll give my all to you
You're my end and my beginning
Even when I lose I'm winning
Cause I give you all, of me
And you give me all, of you

[Verse]

How many times do I have to tell you
Even when you're crying you beautiful too
The world is beating you down, I'm around through every move
You're my downfall, you're my muse
My worst distraction, my rhythm and blues
I can't stop singing, it's ringing, in my head for you

[Bridge]

My head under's water 
but I'm  breahthing fine
You're crazy and I out of my mind

[Chorus]

Cause all of me
Love all of you
Love your curves and all your edges
All your perfect imperfection
Give your all to me
I'll give my all to you
You're my end and my beginning
Even when I lose I'm winning
Cause I give you all, of me
And you give me all, of you

Cards on the table, we're both showing hearts
Risking it all, though it's hard

[Chorus]

Cause all of me
Love all of you
Love your curves and all your edges
All your perfect imperfection
Give your all to me
I'll give my all to you
You're my end and my beginning
Even when I lose I'm winning
Cause I give you all, of me
And you give me all, of you

I give you all, all of me
You give me all, all of you

credit to : kapanlagi.com

Aku tahu ada yang dah dengar lagu nie kan? All Of Me-John Legend. Memang dah jatuh cinta tahap gaban jugaklah dengan lagu nie. Dengar banyak kali pun tak bosan. Kadang2 tengah aku duk baca novel atau tengok tv boleh gak pasang lagu nie. Kire dah parah betul. Sampai abang dgn adik aku pun ikut minat jugak lagu nie. hehehe...

Last but not least, meh lah kite dengar muzik video dibawah ye. Ini versi nyanyian John Legend versi duet sama Lindsey Stirling. Aku suka sangat part nyanyian sambil bermain piano dan ada pulak gesekan biola tu. Best! 



Terima kasih sebab sudi entry kali ini. Semoga berjumpa lagi, bye!

With Love,
Izzati Aisyah

Thursday 29 May 2014

Bila Nak Jadi Penulis?

Assalamualaikum,

Yes, i know it! Dah 2 minggu lebih blog nie tak berup-date walaupun yang ada sahaja yang menjengah di sini. Followers pun dah bertambah, mmg aku perasan. Tapi maafkanlah hamba ini, walaupun tengah dalam mood "bercuti sementara" tapi ada sahaja halangan untuk berlama-lama di sini. Mengup-date cerita saban hari. Bukan ada cerita yang menarik pun, sbb aku hanya pengganggur di rumah. Kalau nak tengok blog nie berup-date bagai, tunggu aku pergi jalan2 ke, dan yang paliang penting, masa tu mood untuk menulis itu ada. Kalau tak ada, mmg mintak maaf berjuta kali lah kerana membiarkan blog ini bersawang dgn spiderwoman. Hehehe..

Kali nie aku nak bercerita pasal impian. Impian yang aku inginkan sejak dulu. Dan orang sekeliling pun asyik bertanya; "bila nak jadi penulis?" Kalau nak diikutkan penulis blog tu dikira penulis lah jugakkan? hehehe.... Tapi bukan itu maksud diorang. Diorang teringin nak tengok aku jadi seorang penulis novel. Diorang cakap lagi, aku nie dah baca beratus novel, takkanlah tak boleh melatih "jari-jemari" untuk menulis kisah yang lahir daripada ilham sendiri. Aku hanya tersenyum dan berkata kepada diorang. " Menulis itu bukan mudah. Saya pun tak tahu bila boleh sampai ke tahap itu. Doa2kan jelah. Kalau ada, adalah. Kalau tak ada, biar saya jadi pembaca sahaja pun dah cukup kot."

Kalau nak diikutkan, dalam netbook kesayangan aku nie, dah ade cerita yang aku garap. Cerita yang aku garap bersama temanku dan cerita yang datang daripada idea ku sendiri. Untuk memulakan itu mmg senang, tapi part nak bagi habis tu sampai sekarang tak berjumpa jalan penamatnya. Bagi aku, kalau nak menulis itu mestilah menulis daripada hati, mengikut pengalaman yang pernah kita perolehi untuk dikongsi dengan pembaca. Masalah aku, pengalaman yg aku ada sekarang tak cukup untuk dicedok untuk dijadikan penulisan. Aku rasa banyak benda yang belum aku teroka. Orang ada cakap, bila kita berkongsi cerita mengikut pengalaman yang kita ada, cerita tu akan sampai ke hati pembaca sebab apa yang terjadi ialah apa yang pernah kita alami sendiri.

Tapi ada juga penulis yang tak ada pengalaman yang pelbagai pun, boleh sahaja jadi penulis. Tapi bagi aku, aku bukan nak bagi hiburan semata-mata, tapi ada paling kurang satu "makna" @ pengajaran yang berguna untuk dijadikan ikhtibar kepada pembaca. Bila diorang baca buku yang aku tulis, ade sesuatu yang menyentuh jiwa mereka. Bunyi macam berat je nak buat kan? Sampai kawan aku cakap, "alah, novel pertama janganlah buat payah2 sangat. Buat santai2 jer." Nampak macam senang kan? tapi dengan novel pertama lah, orang akan mengenali "siapa" kita. Kalau tulis santai tanpa pengisian, aku rasa ianya kosong. Dan aku akan terus cakap, menulis itu bukan mudah. Bila kita dah jadi penulis, setiap novel yang ingin dipersembahkan, haruslah berbeza jalan penceritaan dan "makna" @ pengajaran yang boleh diambil. Kalau semua yang kita buat bertema santai sahaja, takde umph kata orang. Orang pun mudah jemu kalau cerita yang digarap lebih kurang sama. Dan jangan sesekali lupa, setiap apa yang kita tulis di dunia ini, akan dipersoal semula oleh Allah SWT di akhirat.

Orang cakap, "apa yang kita tulis hari, akan menggambarkan diri kita yang sebenar." Dan aku rasa, betul juga kenyataan itu. Bukan aku takut untuk mencuba tapi biarlah masa yang menentukan dan biarlah ilmu dan pengalaman yang ada dalam diri aku lebih banyak dahulu. Bagi aku, kalau tak dapat apa yang aku nak, aku tak akan memulakan sesuatu perkara itu dengan mudah. Nak kata aku berhati-hati sangat, jawapannya ialah Ya! Cerewet pun aku Ya kan juga. Aku bukan terlalu mengharapkan kesempurnaan tapi biarlah aku rasa ianya baik dimata aku untuk dipersembahkan kepada orang lain dan ianya sampai ke hati.

Aku tertarik dengan sebuah kisah yang dibaca dalam buku garapan Bahruddin Bekri bertajuk Padanya Ada Cinta. Kisah dalam buku tersebut bertajuk, "Menjadi Pengarang yang Disayangi".


Buku ini boleh didapati di kedai-kedai buku berhampiran dengan harga RM15.00 dan kalau nak lebih mudah dan tangkas boleh layari laman web PTS untuk pembelian online.

Ini adalah sedikit sedutan yang aku petik dalam kisah tersebut:

S : "Kamu tahu, menulis itu perlu 80 peratus dengan hati dan 20 peratus dengan akal. Kamu tahu mengapa?"

J: "Fikiran boleh memahami, tetapi hanya hati yang boleh merasai. Ibaratnya jika saya bertanya, apa rasanya hempedu yang dicecah madu? Fikiran kamu pasti mampu memikirkan rasanya, tetapi kamu perlu merasai sendiri dengan lidah demi mengerti dengan lebih tepat."

S: "Bagaimana caranya menulis dengan hati?"

J: "Kamu jangan menulis pada saat hatimu tengah marah, jangan menulis pada saat hati kamu sedang dengki, dan pada saat hati kamu sedang berkira-kira bagi melakukan kejahatan. Pastikan kamu menulis dengan hati yang bersih, kerana itu yang akan terpamer kukuh  pada tulisan kamu, dan itu yang akan dirasai oleh pembaca. Paling tidak, pastikan hati kamu di tengah-tengah, dan sekiranya semuanya tidak mungkin kerana hati kamu sudah menjadi hitam, tulis sahaja dengan fikiran,  jangan biarkan pembaca merasai apa yang kamu tulis, cukuplah mereka sekadar memahaminya."

S: "Kalau nak menulis, pilihlah tema yang memasang harapan. Sama ada memasang harapan daripada segi motivasi, perasaan, kewangan, hidup, politik, patriotik, budaya dan segalanya. Tetapi, bagaimana nak tahu itu tema yang memasang harapan?"

Jawapan Saya: Sila dapatkan buku ini! Segala kisah yang digarap dalam buku ini banyak memberi "makna" dan pengajaran buat diri aku. Dan untuk makluman korang, segala petikan yang aku ambil daripada buku ini tidak menyeluruh. Yelah, tak kan nak tulis ayat penuh, mau sampai esok tak habis tulis. Jadi aku syorkan beli dan baca sendiri. Memang tak rugi untuk pengisian hati kita sendiri.

Ingin aku tegaskan di sini, menulis daripada hati tak semestinya dalam dalam penulisan novel sahaja tapi untuk menulis  buku motivasi, komik, novel remaja, buku kanak-kanak dan sebagainya, harus ditulis daripada hati juga. Biar semua pembaca dalam setiap golongan dapat merasai apa yang ditulis oleh kita.

Kesimpulannya, biar masa yang menentukan segalanya. Bila dah sampai masanya untuk aku menulis, aku pasti akan menulis. Dan janganlah tanya "bila nak jadi penulis?" buat masa sekarang, sebab aku pun tiada jawapan. Bagi orang lain menulis itu mudah sahaja tapi pendapat aku lain pula. Jadi pendirian masing-masing itu berbeza.

Maaf kalau ada silap dan salah dalam entry kali ini. Segala yang ditulis itu dari dalam lubuk hatiku sendiri dan tak bersangkut paut dengan orang lain pun. Dan maaf juga kalau entry ini terlampau panjang, maklumlah lama tak mengasah jari untuk mengup-date blog. Bila dah datang mood menulis, cengginilah aku..:p

Semoga kita bertemu lagi di lain entry ya. Mesti korang nak tahu samada aku dah menjejakkan kaki ke PWTC atau tak untuk PBAKL 2014 kali ini? Alah, dalam entry "Mimpi atau Realiti?" yang pernah aku cerita bulan lepas. Kalau nak baca entry bulan lepas tu, sila scroll sendiri ya. In shaa Allah dalam minggu depan aku akan memberi "jawapan" kepada entry tersebut.(Itu pun kalau tiada aral melintang pukang). Peace

With Love,
Izzati Aisyah