Saturday 28 May 2016

Cabaran baru!

Assalamualaikum,

Hola! Tinggal seminggu lagi cuti sem. 1st ramadan ni aku dah start sem baru. Sem 3 you alls! Yang kan mempontang-pantingkan duniaku~ Eh, mcm lagu Hazama jer..huhuhu
Agak mencabarlah jugak sem kali ni. Ada subjek killer...bukan 1 tapi 2, 3 dan 4...sighh! Sabar jelah kan, hidup ni kalau takde cabaran mana datangnya keindahan. Tak gitu?

Aku tak tahulah gaya mana nak hadap kali ni. Insya-Allah, cuba belajar untuk jadi lebih kuat walaupun...hati tak berapa nak sado. Please, doakan aku eh? Semoga sentiasa bersemangat melangkah ke alam baru. Sebelum terlupa, aku nak ucapkan selamat menyambut ramadan al-mubarak kepada semua pembaca belog ini. Saja wish awal2 sebab lepas ni aku dah tak menghadap belog dah. Jumpa lagi di lain entry(entah bulan bila lak aku pun tak tau :p )



With Love,
Izzati Aisyah

Saturday 14 May 2016

Cukup Indah!

Assalamualaikum,

Hai guys! Kononnya cuti ni nak update belog manjang tapi hampeh. Entahlah dalam otak banyak benda nak kongsi tapi bila dah menghadap laptop, bukak belog tak terasa nak update ape2 cerita pun kat sini.

Apa yang cukup indah terjadi bulan lepas? Mungkin tidak indah bagi orang lain tapi dengan usaha dan keadaan aku masa menghadap exam untuk sem 2 baru ni, ianya dah cukup memuaskan hati. Dengan demam, batuk, selesema yang buat kau rasa nak balik rumah tak mau ambik exam lagi! Stress jugak time tu, mana nak study, mana asyik nak tidur sebab tak selesa dengan batuknya sampai tak boleh bercakap banyak. Asal bercakap je mesti batuk. Bila tak tahan sangat, selesai exam untuk paper kedua aku paksa diri ke klinik gak. Thanks to my dear, farah sebab sudi teman aku ke mana sahaja dan tolong beli makanan kat aku hari tu. Tak lupa gak dekat Nad. Sepanjang exam ni nasib baiklah kawan2 ada di sisi untuk jadi peneman. Terubat rindu aku dekat family. Maklumlah tak pernah duk jauh. Dari darjah 1-tingkatan 6 aku mmg belajar dekat Terengganu. Bila ambik degree, tercampak plak dekat Selangor. Sadis...:(



Farah, Nad & Me.
Time ni kitorang keluar pergi tengok wayang. Hilangkan stress lepas jawab exam IT. (padahal baru 1st paper. ahaks) Keesokkan harinya, aku demam! Sigh...

25 April yang lalu, aku tak tahu pun resut exam untuk sem 2 nak keluar, sampailah ex-housemate aku whatsApp tanya : "dah tengok result ke belum?" Whaaatttttt? Awatlah awal sangat result keluar. Mati-mati aku ingat result keluar pertengahan bulan Mei nanti memandangkan sem baru akan bermula awal bulan 6. Lepas tu aku cakap kat diorang malaslah nak cek awal2, tunggu hujung minggu ni baru nak cek. Tapiiiiiii, bila ramai yang dah cek dan whatsApp aku berbunyi-bunyi seakan-akan esok takde lagi (sebab diorang duk tanya dah cek result ke belum, bla bla bla...result kau dapat berapa? bla bla bla....aku takut ah nak cek...bla bla bla) aku plak rasa stresss dengan diorang yang terlebih excited ni. haishhhhh!

Petang tu jugak aku cek, alih2 line portal pelajar aku jammmmmmmmmm! Stress lagi sebab tak leh bukak. Asyik loading je manjang, kau rasa? Terus aku tutup aku punya laptop. Esok2lah aku cek. Sampai ke malam, aku keluar berjalan-jalan dengan abah dan ma aku, tak mau fikir result. Nak happy2 je jalan2 beli selipar baru, round2 kedai buku. Sampai kat rumah, berdesup-desup whatsApp masuk sebab aku off data. Malas nak layan telefon keluar tadi. Dpatlah whatsApp daripada adik kesayangan aku seorang ni, Firzanah Safi namanya.

"Salam akak...dah cek result ke belum? mesti result akak gempak kan?"

Memang memandai-mandai betul dia ni. Aku dahlah time tu tengah cuak giler. Memang tak yakin betul akan dapat result yang baik sebab dengan keadaan diri yang tak sihat dan masalah2 sampingan yang lain. Aku berserah jelah dapat berapa pun result. Dah penat nak memikir, kalau tak lulus macam mana, kalau fail macam mana...bla bla bla...Lepas tu aku bagi tahu Fir yang aku x leh cek result lagi sebab portal aku tak leh bukak. Dia tawarkan diri untuk cek result aku. Aku pun cakap okey dan aku cakap  aku nak tidur sebab stress tak leh cek result punya pasal. Apa2 hal dia akan update aku esok hari.

Kononlah kan nak tidur tapi tak boleh tidur. Duk bergolek-golek atas katil sambil main phone sampailah aku tak sedar bila aku pengsan  tidur. Dalam pukul 4 pagi aku terjaga pulak. Bila cek phone dapatlah whatsApp daripada Fir. Dia screenshot aku punya result exam dengan caption :

"Tahniah! Masin kan mulut kita. Hehehe"

Terus terbeliak biji mata aku(amboii, mcm over je reaksi aku time tu) Ya Allah, segala resah dan gelisah hilang. Alhamdulillah, result kali ni naik daripada sem lepas.



Me with Firzanah Safi. Time ni makan beramai-ramai dekat kafe hipster tepi tasik Kuis sebelum masing2 balik ke rumah untuk cuti sem yang panjang. Sob sob...rindu!

Sebelum subuh dalam pukul 5 pagi,  aku masuk bilik ma dan abah sebab nak tunjuk aku punya result. Diorang memang dah bangun awal sebab abah mmg standby awal untuk solat lat masjid dekat dengan rumah aku. Bila abah tengok tu, dia tanya result aku ni naik ke turun? Aku cakaplah naik. Dia pun cakap okey. Nampaklah raut wajah dia lega sikit. Sebenarnya, dia risau sebab time exam tu aku sakit, so akan mempengaruhi resultlah kan? Aku pun tak sangka naik wehh, aku rasa result sem 2 aku mesti tak memuaskan hati aku jugak tapi Allah swt Maha Mengetahui segalanya. Boleh tarik nafas lega. Sangat seksa kot masa nak tunggu result tapi Alhamdulillah.

Aku harap aku dapat result yang tinggi jugak untuk sem 3 nnti. Sem yang mencabar bagi aku dan kali ni aku lebih didedahkan dengan course yang aku ambik. Nanti aku share eh bila dah menempuh sendiri sem itu bulan 6 nnti. Awal ramadan pulak tu masuk sem baru. Semoga diberi kekuatan. Dahlah sem tu jugak start kokurikulum. Nanti banyak masa kena tumpu dekat pelajaran + sukan wajib yang perlu aku ambik. Bertabahlah.

Okey, sampai di sini sahajalah yang perlu aku kongsi. Jumpa lagi lain kali. Entry ni pun aku ambik masa sebulan untuk nak siapkan. Nampak di situ mood sangat memberi pengaruh. Duk banyak buat benda lain. Konon nak update belog bebanyak. Memang sembanggggg! Hahaha..bye.

With Love,
Izzati Aisyah

Monday 11 April 2016

Preloved Novel #2

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, 1/4 baru ni aku dah selamat berperang dengan paper terakhir untuk sem 2. Dan sekarang aku dah pulang ke kampung untuk bercuti selama 2 bulan(kiraan kasarnya). Setelah berbagai-bagai dugaan yang aku tempoh dalam sem 2 tu, akhirnya dapat tarik nafas lega. Dapat jugak rehat lama.

So, sekarang aku nak buat kerja part time macam biasa. Jual novel terpakai. Rak buku aku pun dah nak roboh. (propa) Disebabkan malas nak simpan buku banyak2 dan aku pun jenis baca sekali je lepas tu buat pekasam. Baiklah jual untuk orang lain yang nak baca.

Okey, kat bawah ni aku akan letak novel2 yang aku nak jual. Bukan novel aku sorang je tapi ada jugak novel orang lain yang aku jual. Sama2 tolong jualkan. Kalau ada yang berkenan di hati boleh PM aku kat fb ya?

FACEBOOK : Izzati Aisyah Md Nor

Kalau nak mintak no whatsApp boleh pm dulu kat fb eh. Jangan request friend sebab kadang kala aku tak terpandang kat situ. So, PM jer senang. Kalau lambat balas tu bukan saja2 tak mau tengok mesej tapi mungkin masa tu ada hal penting yg perlu diutamakan. Relaks, okay?



 Here You Go!



Novel Karya Seni

LOVE YOU MR.ARROGANT - SOLD
KAHWIN GANTI - SOLD
AKANKAH BAHAGIA ITU MILIK KITA? - SOLD
YA MAULANA - SOLD
JUJURLAH NIKAHI AKU - SOLD
KAHWIN DAH KAHWINLAH!- SOLD



Novel KN, INTENS, OCTOBER & FP

DIA SEMANIS HONEY - SOLD


Novel IKP & LNP

KASIH ITU CINTA - SOLD
DI PENGHUJUNG CINTAKU ADELIA - SOLD
SESUNGGUHNYA DIA LELAKI PELINDUNGKU - SOLD



Novel JS


Novel Alaf 21 & Buku Prima

RINDU AWAK 200% - SOLD
ANDAI ITU TAKDIRNYA - SOLD
TAK MUNGKIN DIA - SOLD

 - Harga mengikut keadaan novel -



Ni pulak special sikit sebab cover baru & ada tandatangan para pelakon adaptasi novel Uda & Dara iaitu Zul Ariffin, Siti Saleha & Anis Al-Idrus

Harga asal : RM22
Harga Jual : RM28 (semenanjung) RM30 (sabah/sarawak)



******

Ni pula novel yang saya tolong jualkan untuk kawan saya.

Condition : TIP TOP



RM18 SEBUAH 

Tambahan RM3 untuk pos ke Sabah/Sarawak



Contengan Jalanan = RM15
Kalau Sayang Jangan Marah = RM20 

Tambahan RM3 untuk pos ke Sabah/Sarawak







ANTARA 5 DARJAT & ANGKER = RM18 SEBUAH 

Tambahan RM3 untuk pos ke Sabah/Sarawak











KPJ, SNC, SH, USL & MCT : ILY = RM20 SEBUAH 

Tambahan RM3 untuk pos ke Sabah/Sarawak



RM17 SEBUAH 

Tambahan RM3 untuk pos ke Sabah/Sarawak



******

Okey, itu sahaja novel2 yang aku nak jual. Kalau rasa berkenan di hati boleh PM.


*Penghantaran novel hanya dilakukan 1 kali dalam seminggu atau mengikut keadaan semasa.
*Bayaran dibuat melalui acc CIMB je. (Memandangkan aku ada satu je acc bank) Tapi takpe, boleh buat online transfer Maybank ke CIMB thru Maybank 2u.
*Booking hanya valid untuk 2 hari sahaja. Lambat respon, novel yang dibooked akan dijual kepada orang lain pula.
*Selamat memborong. (konon)


With Love,
Izzati Aisyah

Tuesday 8 March 2016

Fighting!

Assalamualaikum,

First of all, aku nak ucapkan Selamat Hari Wanita Sedunia! Semoga kita terus kuat dalam menjalani kehidupan yang penuh pancaroba ini. Jangan mudah mengalah. ;)

Alhamdulillah, secara rasminya 4/3/2016 tamatlah sudah zon busy dengan assignment-kuiz-midterm bagai. Sekarang dah masuk zon study week. Hari tu ingat tak nak balik rumah, tapi dengan pelbagai dugaan yang aku hadap, buatkan aku rasa tak kuat dan perasaan rindu dekat suasana rumah dan opkoslah rindu dekat my mom & dad buat hati ini rasa nak balik sangat-sangat. Kira nak beralih angin dan keluar dari persekitaran KUIS buat sementara waktu. Giler woo hidup walaupun rakan2 ramai je kat situ tapi tetap akan lahir satu perasaan sunyi yang aku sorang je dapat rasa. Orang lain takkan faham. Dan lepas aku dah balik sini, aku rasa sangat lain, rasa homesick tu terus lenyap. Time aku study pun cepat je masuk dalam otak walaupun banyak dugaan jugak duk rumah ni dengan rasa asyik nak makan + tengok TV. Tapi pandai2lah balance ya :p

Okeylah, takde apa pun yang aku nak bercerita dalam entry kali ni cuma nak mintak maaf banyak2 kat korang kalau ada salah dan silap, kalau korang rasa boring je baca merapu meraban aku kat sini, maaflah yer. Belog ni pun jarang berupdate sebab aku takde masa nak update. Nanti cuti sem aku janji akan update banyak2 eh! Contest2 pun lama dah tak join. Nanti eh... akan ku gunakan banyak masa mencoret kisah hidupku di sini.

Lastly, pleaseeeeeee, doakan aku boleh jawab final exam sem 2 ni dari 16/3 - 1/4/2016 dengan baik ya. Paper kali ni ada yang di tahap "killer" dan ade je di tahap kacang cap Ngan Yin sebab pernah belajar time form 6 dulu. Harap boleh jawab lebih baiklah sebab dah pernah belajar. Hehehe...orite. Sampai di sini dululah sesi membebel aku. See you soon! Harap tak jemu singgah kat belog ni eh? Love you all!



Belajar satu keping gambar pakai shawl. Tak pandai belit pun hentam jer.
Gaya macam nak bernasyid pun ada gak. Peace..;)


With Love,
Izzati Aisyah

Sunday 21 February 2016

Kisah Kehidupan

Assalamualaikum,

Yes, that right! Entry pertama untuk tahun 2016. Last update bulan 11 baru ni kan? Sebelum aku masuk sem baru. Maklumlah time cuti aku tak sama macam IPT yang lain. Masa geng2 aku cuti, aku masuk sem baru. Masa geng2 aku masuk sem baru, aku lak cuti. Nak berjumpa tu payah yang amat. Harap cuti umum macam hari raya jelah baru dapat jumpa. Sadis betul.

Takde apa nak dibebelkan, sebab assignment berlambak lagi nak kena siapkan. Maklumlah aku dah nak habis dah sem 2 ni. Kejap betul masa berlalu kan? Rasa baru je masuk belajar. Bulan 3 ni aku dah final exam, doakan semoga aku dapat jawab soalan final exam dengan baik. Aku pun tak pasti dapat berapa plak pointer untuk sem kali ni. Banyak giler assignment rasa mcm tak fokus 100% lagi untuk study setiap subjek. Kena tunggu study week baru betul2 fokuslah camnie. Nasiblahhh... dulu pun sama gak. Time study week baru study betul2.

Okeylah, jumpa lagi di lain entry. Semoga aku terus bertahan sehingga ke penghujungnya. Hati kena sado, right? Tak sabar nak tunggu cuti sem start bulan 4 ni. 2 bulan lak tu. Tak fikir lagi nak buat apa. Nanti2lah kita fikir ya? Fokus kat exam dulu. See you when I see you!






With Love,

Izzati Aisyah