Sunday 21 February 2016

Kisah Kehidupan

Assalamualaikum,

Yes, that right! Entry pertama untuk tahun 2016. Last update bulan 11 baru ni kan? Sebelum aku masuk sem baru. Maklumlah time cuti aku tak sama macam IPT yang lain. Masa geng2 aku cuti, aku masuk sem baru. Masa geng2 aku masuk sem baru, aku lak cuti. Nak berjumpa tu payah yang amat. Harap cuti umum macam hari raya jelah baru dapat jumpa. Sadis betul.

Takde apa nak dibebelkan, sebab assignment berlambak lagi nak kena siapkan. Maklumlah aku dah nak habis dah sem 2 ni. Kejap betul masa berlalu kan? Rasa baru je masuk belajar. Bulan 3 ni aku dah final exam, doakan semoga aku dapat jawab soalan final exam dengan baik. Aku pun tak pasti dapat berapa plak pointer untuk sem kali ni. Banyak giler assignment rasa mcm tak fokus 100% lagi untuk study setiap subjek. Kena tunggu study week baru betul2 fokuslah camnie. Nasiblahhh... dulu pun sama gak. Time study week baru study betul2.

Okeylah, jumpa lagi di lain entry. Semoga aku terus bertahan sehingga ke penghujungnya. Hati kena sado, right? Tak sabar nak tunggu cuti sem start bulan 4 ni. 2 bulan lak tu. Tak fikir lagi nak buat apa. Nanti2lah kita fikir ya? Fokus kat exam dulu. See you when I see you!






With Love,

Izzati Aisyah