Tuesday 8 March 2016

Fighting!

Assalamualaikum,

First of all, aku nak ucapkan Selamat Hari Wanita Sedunia! Semoga kita terus kuat dalam menjalani kehidupan yang penuh pancaroba ini. Jangan mudah mengalah. ;)

Alhamdulillah, secara rasminya 4/3/2016 tamatlah sudah zon busy dengan assignment-kuiz-midterm bagai. Sekarang dah masuk zon study week. Hari tu ingat tak nak balik rumah, tapi dengan pelbagai dugaan yang aku hadap, buatkan aku rasa tak kuat dan perasaan rindu dekat suasana rumah dan opkoslah rindu dekat my mom & dad buat hati ini rasa nak balik sangat-sangat. Kira nak beralih angin dan keluar dari persekitaran KUIS buat sementara waktu. Giler woo hidup walaupun rakan2 ramai je kat situ tapi tetap akan lahir satu perasaan sunyi yang aku sorang je dapat rasa. Orang lain takkan faham. Dan lepas aku dah balik sini, aku rasa sangat lain, rasa homesick tu terus lenyap. Time aku study pun cepat je masuk dalam otak walaupun banyak dugaan jugak duk rumah ni dengan rasa asyik nak makan + tengok TV. Tapi pandai2lah balance ya :p

Okeylah, takde apa pun yang aku nak bercerita dalam entry kali ni cuma nak mintak maaf banyak2 kat korang kalau ada salah dan silap, kalau korang rasa boring je baca merapu meraban aku kat sini, maaflah yer. Belog ni pun jarang berupdate sebab aku takde masa nak update. Nanti cuti sem aku janji akan update banyak2 eh! Contest2 pun lama dah tak join. Nanti eh... akan ku gunakan banyak masa mencoret kisah hidupku di sini.

Lastly, pleaseeeeeee, doakan aku boleh jawab final exam sem 2 ni dari 16/3 - 1/4/2016 dengan baik ya. Paper kali ni ada yang di tahap "killer" dan ade je di tahap kacang cap Ngan Yin sebab pernah belajar time form 6 dulu. Harap boleh jawab lebih baiklah sebab dah pernah belajar. Hehehe...orite. Sampai di sini dululah sesi membebel aku. See you soon! Harap tak jemu singgah kat belog ni eh? Love you all!



Belajar satu keping gambar pakai shawl. Tak pandai belit pun hentam jer.
Gaya macam nak bernasyid pun ada gak. Peace..;)


With Love,
Izzati Aisyah