Monday 31 December 2018

Highlights of 2018

Assalamualaikum,

Sedar tak sedar esok kita semua akan melangkah ke tahun baru. Tahun 2019, 1440 H. Alhamdulillah, Allah swt masih panjangkan umurku sehingga mencecah angka 24 tahun. Nak dikatakan begitu banyak pencapaian yang dicapai tu tak adalah sangat. Adalah sesuatu yang boleh dibanggakan jugak walaupun sedikit. Tapi semua itu takkan dicapai tanpa sokongan keluarga dan kawan-kawan rapat dan juga kawan baru.

Jadi, sebelum 2018 berakhir, aku nak post sedikit pasal rentetan atau perjalanan hidup aku sepanjang tahun ini. Kira macam nak throwback kisah dari awal bulan Januari sehingga Disember. semua yang berlaku pada tahun ini adalah dengan keizinan Dia. Kalau nak cakap semua yang baik-baik saja takdelah, ada jugak cerita-cerita yang tak best berlaku tapi aku anggap semuanya sebagai ujian untuk mematangkan diri.

Panjang plak mukadimah aku ni ya? Baiklah, jom aku cerita serba sedikit apa yang berlaku di tahun 2018 untuk tatapan korang semua.

Sepanjang bulan Januari hingga Mac 2018, aku dalam fasa menamatkan semester terakhir di KUIS sebagai pelajar Ijazah Sarjana Muda Komunikasi (Penyiaran). So, korang tahulah macam mana cabaran dan penat lelah student tahun akhir untuk siapkan final project dan hadap final exam. Ujian aku kali ni adalah sakit.Banyak kali jugak terpaksa membawa diri ke klinik. Lepas dah baik demam, batuk, selesema, penyakit lain plak singgah. Terpaksa kuat bila duduk dekat negeri orang ni. Nasib ada kawan-kawan yang baik hati jaga makan dan sakit aku sepanjang kat Kuis. You know who you are. 💖

Untuk tahun terakhir di Kuis, kitorang ditugaskan untuk menyiapkan final project berbentuk video dokumentari selama 30 minit. Dugaan untuk siapkan project akhir ni sangatlah dahsyat. Kalau korang nak tahu aku asyik tukar-tukar tajuk dokumentari disebabkan talent tak bagi kerjasama. Bila supervisor tanya progress mesti tak tau nak jawab apa. Masa awal-awal sem memang blank betul nak cari subjek apa untuk diceritakan. Kalau buat kat Terengganu memang banyak benda boleh buat tapi ongkosnya haruslah banyak jugak. So, terpaksa cari subjek sekitar Selangor saja. Terpaksa berani untuk approach talent untuk bekerjasama dengan kita. Guna segala skill yang diajar oleh lecturer dulu. Akhirnya, pertengahan bulan Feb baru aku ada subjek untuk didokumentarikan iaitu mengenai Rumah Pengasih Warga Prihatin.




Bayangkan dalam masa kurang dari sebulan aku kena siapkan final project ni, memang menangis tak berlagu. Mana nak hadap kuliah-tutorial-kuiz lagi untuk final exam. Memang betul takde life betul aku time tu. Nasiblah ada kawan-kawan yang banyak bantu sebab aku bukan pandai sangat kerja-kerja production ni. Kalau sem lepas banyak tugasan berkumpulan, bila tang final project kau kena buat sorang-sorang. Dari A to Z kau kena fikir tau. Bertabahlah. Seminggu sebelum present baru aku dapat segala bahan untuk buat video, buat skrip, editing dan buat laporan produksi. 😓



Time shooting untuk dokumentari bertajuk Dari Hati:RPWP


Sekitar kawasan kediaman anak-anak lelaki di RPWP. 

Maaflah, video dokumentari ni aku tak upload di mana-mana platform sosial, hanya untuk simpanan peribadi sahaja. Maklumlah masih amatur. Alhamdulillah, aku dapat siapkan on time walaupun kena korbankan waktu makan dan tidur. I rela sebab niat time tu nak kena siapkan jugak kalau tak mau kena extend sem kalau gagal. I tak sanggup nak mereput di KUIS lagi uolls.


Yeay, akhirnya merdeka jugak sebab dah berjaya present final project! Aku dapat giliran hari kedua, hari last pada sebelah petang. Berdebor tu tak payah cakaplah. Bila dah lepas turn aku tu memang lega giler. Apa yang aku puas hati bila juri komen skrip aku bagus, susunan penceritaan yang baik dan suara latar untuk voice over yang sesuai. (thanks to Helda Darwis, suara awak memang best sebab tulang belakang penceritaan) Cuma luaskan konsep penceritaan sahaja dan ada bahagian editing yang perlu diperkemaskan lagi. Tapi aku mampu tersenyum puas hati sebab semuanya aku belajar sendiri dan tak upah siapa-siapa untuk buat video aku tu. Buat dengan hasil titik peluh sendiri memang berbaloi. 


Lepas dah habis benda alah ni, aku just tumpukan dekat final exam plak. Bila dah selesai semua, kemas-kemas barang, balik kampung plak. Cuti sebulan dan buat praktikal di Manis fm bermula 2 Mei sehingga 31 Julai. Kalau nak tahu cerita sepanjang praktikal boleh singgah entry ini: Praktikal di Manis FM 

Dalam pada aku berpraktikal tu, aku diberi kejutan yang menggembirakan oleh pensyarah aku iaitu Encik Ghazali. Tesis yang aku buat dengan kawan baik aku, Farahanum dipublish di google. Alhamdulillah, terima kasih atas segala tunjuk ajar oleh En.Ghaz terutamanya. Banyak jugak dugaan nak siapkan tesis ni. Kalau nak cerita memang panjanglah jawabnya. Yang penting, kalau korang nak buat rujukan untuk assignment yang berkaitan, boleh guna nanti. Free of charge je. Tesis ini mengenai Program Realiti Tv Dakwah: Analisis Penerimaan Golongan Muda Terhadap Teknik Penyampaian Dakwah Program Pencetus Ummah. Search jelah nanti ya. 😀



Pada 9 Mei 2018, buat pertama kalinya sebagai rakyat Malaysia aku turun mengundi. Neves dia lain macam kot. Besar tanggungjawab nak pilih pemimpin baru ni. 5 tahun sekali plak tu. 


Dakwat biru di jari. 😃

15 Jun 2018, semua umat islam menyambut hari Raya Aidilfitri. Kali ni, keluarga aku tak penuh macam tahun lepas sebab tahun ni giliran masing-masing beraya rumah mentua. Ini jelah yang ada untuk first raya tahun ni. Raya ketiga barulah abang-abang aku yang lain balik Ganu plak. 



Aku di hari raya pertama #masihsingleandavailable



Wajah-wajah yang ada di Ganu untuk sambutan hari raya. 


#teammasihsingle 

Kalau perasan, tahun ni aku tak tepek langsung gambar raya kat belog kan? Kemalasan melanda time tu, so, aku tepek kat sini jelah sikit. Masa ni aku masih praktikal lagi tau. Raya ketiga kau dah kena masuk kerja balik. Sadis amat. Tak berapa nak raya tahun ni. 

Tanggal 9 Ogos 2018, setelah beberapa hari selesai menjalani latihan praktikal, aku terbang ke KUIS untuk hantar report praktikal kepada supervisor aku yang baik hati iaitu, Miss Suraya. Dia dah siap2 tunggu aku sebab aku cakap nak hantar report hari tu,  tapi aku terlewat sikit. Maklumlah baru sampai dekat Kuis selepas subuh 9 Ogos tu, nak print pembetulan report yang baru + tape aku punya report lagi tapi nasiblah dipermudahkan segalanya. 


Muka happy sebab segala siksaan selama 3 tahun berjaya disudahkan dengan jayanya. Thank you Allah swt!


Sebelum balik semula ke Ganu, aku jumpa kawan-kawan di KUIS yang mana yang ada jelah. Sebab lepas ni tak jumpa dah. Masing-masing buat haluan sendiri. Kalau nak berkumpul semula, tunggu konvo bulan Ogos tahun 2019 plak. (Aku tak sabar nak konvo sebenarnya) Lagi 8 bulan kena tunggu. Bertabahlah.

14 Ogos 2018, aku, adik aku dan dua orang kawan dia pergi bercuti ke Pulau Perhentian. Sebenarnya dah lama merancang nak pergi, akhirnya tahun 2018 baru tercapai. Kitorang pergi selama 2 hari 1 malam je. Meh aku share serba sedikit gambar kat sana. 


Hari pertama sampai ke sana terus start snorkeling. Taubat lepas ni aku tak nak buat benda alah ni. Rasa macam nak lemas je, asyik tertelan air masin. Tak sedap langsung. Mungkin aku ni terlebih ringan sangat sampai susah imbang badan dalam air. Hehehe...ada kaitan ke? Entahlah. Tapi dapatlah kutip pengalaman tengok penyu, baby shark, coral dan ikan nemo dalam laut. Amazing. Sebelah malam plak ade pertunjukkan bunga api. Tapi malangnya kitorang memilih untuk tidur. Hahaha...penat yang amat. Pertunjukkan tu bermula pukul 11 malam. Malas plak nak tunggu. Tidur jelah bila nak penat. Keesokannya, kitorang tengok video yang geng satu trip dengan kitorang rekod je. Cantik sangat. 


Hari kedua sebelum balik, tercapai jugak hasrat nak naik incir angin dekat Pulau Perhentian kecil ni. Tapi perjalanan nak naik ke sini sungguhlah mencabar. Boleh je nak naik bot tapi mahal. So, kita daki bukit jelah nak mai sini. 


Gambar posing satu kali. 😍

Seterusnya, dalam pertengahan bulan Oktober pula result keseluruhan aku keluar. Yang dah ditambah markah praktikal. Alhamdulillah, sem ni aku dapat dekan. Pointer untuk sem 6 sahaja: 3.89 dan untuk subjek Praktikal Training aku dapat A+. Happy sangat! Thank to Miss Suraya dan supervisor aku di Manis fm, Kak Lisa sebab bagi markah tinggi. Aku boleh katakan berbangga juga dengan diri sendiri. Segala usaha yang aku buat selama ni berbaloi. Dengan segala perit jerih. 

22/10/2018 - Seperti biasa meraikan umur yang menginjak ke angka 24 tahun. Terima kasih kepada semua yang bagi hadiah birthday kat aku. Aku rasa tahun ni kot banyak sekali dapat hadiah. Harap tahun depan pun banyak jugak. Hehehe

Untuk bulan November dan Disember ni, banyak masa dihabiskan dengan family dan beberapa orang kawan. Lepas habis praktikal bulan Julai tu memang kerja aku makan tidur je kat rumah. Hehehe...berehat panjang betul. Tapi dalam pada berehat tu aku ada jugak buat kerja sambilan dari rumah. Kerja apa tu? Biarlah rahsia. Sekarang bukan senang nak cari kerja oiit. Insya-Allah, tahun 2019 kena buat anjakan paradigma sikit dalam hidup iaitu cari kerja sambilan yang lain lagi sebelum konvo menjelang. Banyak nak pakai duit ni tahun depan. Dan mulalah misi untuk menyelesaikan PTPTN you! Huhuhu...

Okey, inilah dia serba sedikit ceritaku untuk tahun 2018. Terima kasih Allah atas segala 'keajaiban' yang dikurniakan untuk aku tahun ni. Terima kasih jugak buat semua kawan-kawan baru yang aku kenal pada tahun ni. Yang paling ramai masa praktikal di Manis FM lah. Kehadiran korang semua memang mewarnai tahun 2018. Dan tak lupa juga untuk kawan aku yang sudah dijemput Ilahi tahun ni. Semoga Allah menempatkan kalian dalam kalangan orang beriman. 

Semoga tahun 2019 nanti, Allah memperluaskan rezeki aku, diberi kesihatan yang baik, dapat jodoh yang baik, dapat kerja yang elok dan lain-lain lagi. Semoga Allah permudahkan urusanku. Amin ya rabbal alamin. 

Jumpa lagi tahun 2019. Doakan tiap-tiap bulan aku rajin menulis blog tau. 

With Love,

Izzati Aisyah 💋

Sunday 30 December 2018

Perjalanan Yang Tak Dirancang

Assalamualaikum,

Hari ni nak update cerita yang tertangguh sehari yang lepas. Biasalah niat nak mengupdate belog sentiasa ada tapi masa untuk menghadap laptop tu terganggu dengan benda lain plak. 😁

Kelmarin, dapat whatsApp daripada kawan baikku, Biela. Ingatkan dia nak mai rumah sebab dah lama dah tak jumpa dia. Biasanya kalau nak jumpa mesti kat rumah akulah tempat lepak kami. Tapi semalam lain plak ceritanya, dia ajak keluar ke bandar. Tapi bukan naik motor macam biasa kitorang buat tu. Naik grab car! Mai aiii, mana pernah tau duduk kampung sendiri naik grab car. Hehehe...but it'okay, aku on je. Nak gak merasa naik grab car kat Ganu ni. Masa dekat Kuis dulu memang selalu jugak naik grab ni, so kat Ganu haruslah kena try gak, ye dop? First time merasa ni. 😆

Okey, kitorang tak pergi berdua, tapi bertiga tau. Dengan kawan time form 6 jugak iaitu Saadah. Lama giler tak jumpa dia lepas habis sekolah. Kalau dengan Biela takpe, time belajar kat Kuis pun memang selalu jumpa. Salah satu reason aku belajar kat Kuis pun sebab Biela. Saja nak mengikut dia. Hahaha...ambik course pun sama. LOL! Nampak kan pengaruh rakan sebaya kat situ...hehehe

Memandangkan ini bukan perjalanan yang dirancang dari awal, jadi kami pun ikut saja gerak langkah kaki ini nak melangkah ke mana. Tempat pertama yang kitorang suruh pak cik grab hantar adalah Paya Bunga Square. Bila masuk situ, tak tau mana tempat spesifik nak pergi plak. Nak main bowling, tapi tak jadi. Memandangkan masa kitorang sampai tu dah masuk Zohor dan masing-masing kelaparan, jadi, Biela pun ajak pergi ke Pasar Kedai Payang. Ada mee sup sedap kat situ katanya

Tapi sebelum tu, kitorang singgah kat Masjid Abidin Kuala Terengganu dulu. Orang Terengganu panggil 'Masjid Putih'. Kalau nak tahu, sepanjang aku duduk Ganu 24 tahun ni, first time aku solat kat masjid ni tau. Lalu tepi masjid tu pernahlah tapi tak pernah masuk dalam masjid untuk solat. Biela gelak je dengan muka tak percaya. Memandangkan dah dekat dengan masjid dan memang kami tengah mencari tempat nak solat, so kami pilih untuk solat kat sini. Aku suka masjid ni sebab senibinanya unik dan sangat menenangkan. Semua serba putih memang sedaplah mata memandang.

Apa lagi, haruslah mengabdi kenangan kat sini berpuluh-puluh keping. Tapi aku update dua keping gambar jelah kat sini, kang meluat plak korang tengok. Hahaha...



Tq Biela yang baik hati tolong snapkan gambar orang yang baru first time datang sini. hehehe

Lepas dah solat, kitorang terus berjalan ke Pasar Kedai Payang untuk makan dan cuci mata sikit. Kalau nak tau, aku tak pernah makan dekat food court kat atas pasar tu. Kalau pergi sana teman orang shopping je selama ni. So, dapatlah jugak aku merasa makan mee sup kat sini. Boleh tahan sedaplah jugak. Lepas makan, apa lagi, tak sahlah kalau tak cuci mata tengok baju, kain batik, songket dan lain-lain lagi dekat tingkat atas pasar. Kalau bahagian bawah pasar banyak makanan dan bahan-bahan basah je. Di sini merupakan port wajib pelancong tak kira dalam dan luar negara untuk shopping. Tapi aku tak beli apa-apapun. Cuci mata semata-mata. Biela dan Adah ade beli baju yang ada tulisan Terengganu dan baju batik untuk anak buah diorang.


I is curi gambar google je sebab waktu kat sini takde masa nak bergambar. Sibuk belek benda lain. Huhuhu

Lepas dah puas ronda-ronda dekat Pasar Kedai Payang, kitorang dah tak tau nak pergi mana lagi. Keluar dari pasar tu, tetiba mata tertinjau dekat bot atau water taxi di tepi Pesisir Payang. Memandangkan tak pernah naik water taxi kat situ, so kitorang pun decide untuk cubalah. Dahlah masa tu panas mencanak tau, sanggup je seberang jambatan kat situ untuk pergi survey harga tiket water taxi. Mulanya memang teragak-agak jugak nak pergi tanya harga tiket tu, tapi teringin nak naik sebab tak pernah naik. Hahaha (inilah masalah perempuan yang complicated sikit) 

Nak dijadikan cerita nasiblah 3 orang brother kat situ tegur kami dari atas jambatan tu. Dia siap tanya lagi nak naik ke tak water taxi? Kitorang dengan yakin balas dengan jawapan 'berapa harga tiket' dari atas jambatan tu. (bayangkan betapa kuatnya suara kami time tu) Nasiblah orang pandang2 pun. Lepas tu kitorang gelak tak sudah. Malu plak bila nak menapak ke tepi jeti tu. Tapi buat muka selamba jelah. Nasib abang bertiga tu sporting. 

Harga untuk dewasa RM10 dan kanak-kanak dalam RM 6.00 kot(aku pun tak ingat dah). Diorang akan bawak kita meronda-ronda tengok pemandangan di kawasan sekitar selama 45 minit. Aku yang memang duk Ganu ni acah-acah jadi pelancong luar tau. Sebab sepanjang perjalanan tu ada seorang abang tu akan bagi penerangan serba-sedikit mengenai tempat yang kita tengok tu. Dan aku baru tahu tempat shooting Polis Evo 1 tu buat kat tempat2 bot kat situ. Korang mesti tahu scene Mat Yam tengah cuci bot dan time tu Inspektor Sani & Inspektor Khai tengah siasat dia. (kalau tak ingat sila tengok balik) hahaha...

Seterusnya, kalau nak bergambar, abang tu akan berhentikan water taxi tu sekejap. Dapatlah kita bergambar dengan aman. Memang best sangat. 

Mehlah layan gambar kami kat bawah ni ya. hehehe







Ni gambar sebelum naik Payang Water Taxi tu. Kalau korang nak tau, sepanjang keluar dengan diorang ni, tak sah kalau aku tak gelak tau. Memang #mudahterhibur sangat. 



Safety come first! Memasing kena pakai jaket keselamatan bila dah naik tau. Kalau korang nak tahu, belakang tu adalah Masjid Kristal. Cantik, kan?




Tengoklah, gelak tak habis-habis tu. Nak bergambar je pun. (sebenarnya segan sebab penumpang water taxi yang lain tengok kitorang bergambar gaya pandang belakang gini)


Layan perasaan kekonon. 😁


Okey, lepas dah habis naik water taxi ni, kitorang dah penat sangat dah berjalan separuh hari dan decide untuk balik. Masa ni dah pukul 5 lebih dah pun. Nak kejar untuk solat lagi. Biela pun terus search grab car untuk bawak kita balik. Tak dinafikan memang betul2 bestlah dapat keluar berjalan dengan Biela dan Adah. Lama giler tak jumpa dan dapat keluar sama2 macam ni memang mencipta kenangan indah sangat. Kalau korang baca post ni dari awal sampai habis, semua yang aku buat semua FIRST TIME kan? So, jangan ingat aku duk sini, aku dah habis jelajah semua tempat. Non ado kalau orang tak ajak pergi sama2. Nak pergi sorang-sorang takut. Nampak sangat tak rugi aku keluar hari tu. Thanks to Biela dan Adah yang gigih ajak aku keluar spend time together. Nanti kita buat macam ni lagi tau. Ajak kawan-kawan yang lain lak. 

Sampai sini je untuk kali coretan kali ni. Jumpa lagi next entry sebelum 2018 berakhir. Insya-Allah. 

With Love,

Izzati Aisyah

Wednesday 21 November 2018

Praktikal di Manis FM

Assalamualaikum,

Hai, korang! Still remember me? 😁 yup, hampir 8 bulan blog aku tak terusik sejak last entry pasal aku dah habis study di KUIS. So sorry, sebab lepas tu mood aku berblog dah gone. Lagipun bila dah sibuk dengan benda lain aku tak akan fokus dah nak habiskan masa dengan menulis belog. Jadi, sekarang kira dah berada di tahap kebosanan melampau kat rumah, maka bolehlah berbelog semula. Kalau korang nak tau, aku dah habis praktikal. Dah hampir 3 bulan lebih aku masih dalam tempoh berehat di rumah setelah tamat praktikal.

Dulu, aku ada dapat beberapa tawaran praktikal selain di Manis fm. Satu, dekat RTM Terengganu dan satu lagi tawaran di Media Prima Berhad. Tawaran di Media Prima Berhad terpaksa aku tolak sebab diorang lambat bagi respon, dalam beberapa hari nak masuk praktikal di Manis fm, baru diorang call. Manalah sempat nak cari rumah sewa, nak uruskan apa-apa yang penting sebab masa tu aku dah ada kat rumah aku di Terengganu. Aku memang dah konfem dengan GM di Manis fm untuk praktikal kat situ dan aku pun dah hantar surat permohonan dekat aku punya penyelia praktikal untuk praktikal di luar Selangor & KL. Takpelah, mungkin bukan rezeki akulah tu. Kalau di RTM Terengganu plak, jauh sikit dari aku. Dan satu lagi masuk bawah gov ni, elaun memang takde. Aku tak maulah menyusahkan ayah aku dan juga kak ipar aku sebab diorang yg hantar dan ambil aku nanti. Me don't have any licence, guys. Dan lagi satu, sepanjang aku praktikal aku jarang sangat mintak duit dengan ma & abah aku. Kebanyakan guna duit elaun yang aku dapat. Aku malas nak menyusahkan ma dan abah aku sebab diorang dah banyak berkorban wang ringgit time aku belajar. Dahlah untuk kos aku tu perbelanjaan dia banyak jugak. So, kononnya, bila masuk praktikal ada duit sendiri walaupun tak seberapa.

Bermula 2 Mei sehingga 31 Julai 2018 iaitu dalam masa 14 minggu (3 bulan) aku praktikal di Manis fm. Actually, aku patut habis pada 27 Julai tapi aku cukupkan sampai hujung bulan sebab time raya aku diberi cuti dua hari. Kiranya aku top-up hari yang aku cuti tu. Pengalaman praktikal di sana? Sudah semestinya banyak sangat ilmu yang aku belajar kat situ. Di situ, semuanya tentang pengurusan radio dan ada juga tv online dipanggil Manis TV. Masa tu aku ditempatkan dekat bahagian programming. Aku tolong buat content macam skrip PSA, berita radio, soalan-soalan untuk interview tetamu jemputan dan apa-apa pengisian untuk siaran radio Manis fm.



Ini dia supervisor di tempat aku praktikal yang aku panggil Kak Lisa. Aku boleh cakap dia adalah seorang supervisor yang cantik, baik hati dan gila-gila gak. Banyak ilmu yang dikongsi sepanjang aku kat situ. Dia still adakan masa untuk budak praktikal ini walaupun dia sangatlah busy sebab dia juga penerbit kat situ. Yang handle segmen radio dan seorang DJ jugak. Kiranya Kak Lisa ni adalah orang penting dekat bangunan tingkat 2 ni. 😀

Opps, lupa plak nak cerita. Pejabat Manis fm ni terletak dekat Chabang Tiga dan bangunan dia 2 tingkat. Tingkat satu adalah bahagian pengurusan dan juga bahagian pengurusan Manis TV. Dekat tingkat 2 ni bahagian programming. Konti Radio, bilik recording dan segala gerak kerja yang melibatkan radio Manis dibuat dekat tingkat atas. If korang nak tahu lebih mengenai Manis fm just klik website ni yer 👉 Manis FM

Okey, sekarang aku just nak spam gambar-gambar sepanjang aku berpraktikal selama 3 bulan di sini. Sejujurnya, banyak kenangan pahit manis yang aku dapat dekat sini. Aku jugak dapat rasa dah macam mana suasana kerja dan insya-Allah kalau dapat rezeki untuk kerja nanti aku harap aku boleh adapt dengan suasana kerja di tempat itu. Tapi aku masih perlu asah sikit keberanian aku untuk berdepan dengan orang ramai dan kawan-kawan di tempat kerja. Maklumlah aku ni sejenis introvert gak. Tapi masa dekat Manis fm dulu aku bersyukur giler dapat kawan-kawan yang very friendly dan sangat supportive. Bosses pun,  Alhamdulillah baik dan sporting gak.




Ini adalah hari pertama aku masuk praktikal. Disebabkan baru 1st day dan takde kerja lagi nak buat, so SV aku bagi izin untuk ikut geng Manis Troopers. Keluar untuk berjumpa dengan orang awan untuk bagi hadiah tajaan Beauty Kaseh dan barangan Manis fm. Ini adalah salah satu bentuk promosi radio Manis fm jugaklah. Si manis kat sebelah aku ni pun student praktikal yang masuk sama hari dengan aku. Mula-mula aku ingat aku sorang je yang praktikal kat sini tapi rupanya ada geng. Dan yang kelakarnya dia pun student KUIS. Dia ambik Diploma Komunikasi. Aku tak pernah langsung jumpa dia kat KUIS sepanjang aku belajar kat sana. hahaha...Bila masuk Manis fm baru aku berkenalan dengan Fatin ni. Kat office orang panggil dia 'Fatin Husna'...retis kot. Dia sangat sporting, aku cepat je boleh ngam dengan dia dan dia ni adalah penghibur kepada kawan2 dekat office. Kalau takde dia, sunyi je rasa office tu. 😂


Suasana di dalam konti Manis fm.




Selain daripada buat kerja-kerja menulis content radio, mencari lagu untuk disiarkan dalam radio, aku ada juga testing untuk buat VO beberapa iklan radio dan promo segmen. Suara takdelah best mana pun tapi dapat peluang untuk buat VO tu sangatlah best. Tapi bila dengar suara kat radio, terus tutup telinga. Nak tergelak dengar suara sendiri. 😆


Aku juga diberi peluang untuk baca harga Amanah Saham Darul Iman (ASDI) dalam beberapa kali. Kena praktis untuk baca berita, tapi tak pernah baca secara live, aku lebih banyak kena tulis berita dan pembaca berita yang dah dilantik tu akan record dalam bilik ini. Walaubagaimanapun,aku kena ambik tahu jugak semua yang ada dalam software Zetta ni.

Selain daripada buat aktiviti dalam konti, ada jugak aktiviti luar yang aku buat sepanjang praktikal di sini. Memandangkan masa tu jatuh pada bulan puasa dan hari raya, ada beberapa aktiviti yang dibuat oleh team Manis fm.

Antaranya:




Projek Raya Manis fm. Masa ni aku dan beberapa orang geng Manis fm yang lain iaitu , Hawa, Asilah dan Kak Elly ditugaskan untuk mengasingkan pakaian yang dihantar ke office Manis fm mengikut kategori pakaian dewasa dan kanak-kanak. Selepas itu, beberapa orang staff Manis fm yang lain akan mengagihkan pakaian dan makanan yang disumbangkan orang ramai kepada golongan yang memerlukan. 



Me, Fatin dan krew Manis Troopers, Farid. Masa ini kitorang diminta untuk pergi ke rumah seorang fakir miskin untuk melakukan proses pembersihan. Projek ini dilakukan dengan kerjasama anggota sukarelawan pertahanan awam. Ada gambar selfie je untuk diupload. Gambar yang lebih proper sikit dengan tuan rumah dan yang lain takde. 😁


Program berbuka puasa bersama Dj Manis fm dan pemenang bertuah di Riyaz Heritage Marina Resort & Spa. 


Seterusnya, program sambutan Hari Raya Aidilfitri 2018. Kali ni, Manis fm berkerjasama dengan Noor Arfa Craft Centre (NACC). Sepanjang hari itu, aku ditugaskan sebagai penyambut tetamu. Aku rasa sangat seronok sebab dapat makan (itu memang wajib) dan di sini juga aku dapat kenal orang-orang kenamaan dan client-client yang pernah berurusan bersama Manis fm dan NACC.



Sempena Fifa World Cup Russia 2018, Manis fm juga mengadakan kejohanan futsal di antara Dj dan staff Manis fm yang lain. Aku tak join main pun cuma duk tepi jadi pom pom girl je. 😛



Ni gambar ramai-ramai masa dah habis main futsal. Eh ada Mat Dan lah kat situ. 😆 Ya, memang korang tak silap tengok pun, memang Mat Dan adalah DJ di Manis fm untuk segmen Manis Manis Pagi bersama Nura & Syazwan. (pada masa tulah) Sekarang ni, Manis fm dah buat sistem rotation dan ada perubahan untuk tugasan setiap Dj. 

Praktikal di Manis fm ni takdelah buat korang stress pun. Semua staff kat sini sangat baik dan takkan buat korang rasa terasing. Masing-masing sangatlah take a good care with each other. Kalau ada salah dan silap, ada yang akan tegur dan tunjuk mana yang salah dan mana yang betul. Memang time nilah, kita sebagai student praktikal kena banyak menimba ilmu. Kalau tak tahu kena tanya. Nanti kalau dah dapat kerja tetap (sama dengan bidang kerja yang kita lakukan masa praktikal), senang untuk kita adapt dengan suasana tempat kerja tu. Hubungan kita dengan bos, staff, client dan interaksi kita dengan orang ramai. Pokoknya, banyak benda yang aku belajar sepanjang menjalani praktikal kat sini. Sangat tak sama masa zaman kau belajar di KUIS. 



Miss you guys so much! Time ni kitorang buat potluck kat office. Sempena apa? Korang boleh plak tertanya-tanya ya? Takkan tak tahu kot.....sudah semestinya sempena minggu terakhir aku di Manis fm. Sob...sob.. 


So, aku dan Fatin decide untuk tempah brownies sempena potluck tu. Yang lain pun bawak makanan yang best-best. Memang kenyang betul time tu. Bab makan ramai-ramai memanglah rasa happening je tapi bila balik rumah mulalah nak sedih sebab dah nak kena tinggal office. Cengeng ya ampun. 


Last but not least, aku nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pihak Manis fm yang menerima aku sebagai student praktikal di situ. Terima kasih sebab sudi bagi tunjuk ajar dan sudi berkawan dengan aku. Sudi jugak terima kelebihan dan kekurangan aku kat sana. Korang semua akan selalu berada di hati aku selamanya. Kalau korang nak tahu sampai sekarang pun aku keep in touch dengan geng2 office. Kadang  tu saja je mengedik pergi office  sebab nak jenguk kawan2 kat sana....hehehe

Ok, mehlah nak spam sikit lagi gambar di minggu terakhir praktikal. Mereka nilah muka-muka yang selalu ada dekat tingkat 2. Ada lagi yang tak sempat bergambar. Mana yang sempat ajelah. 



Fit, Me, Fatin & Syeera.


Me with Syasya 



Me with Kak Ain

Me with Kak Jaja


Rafi, me, Kak Lisa & Fatin.


Ok, done...... THANK YOU VERY MUCH GUYS!

Korang semua jangan lupa support radio Manis fm tau. 😗 


With Love,

Izzati Aisyah

Monday 16 April 2018

Selamat Tinggal Kenangan!

Assalamualaikum,

Yes, i'm back! Koya je Zati. :P Mentang-mentang kepishangan sekarang sementara nak tunggu praktikal bulan 5 nanti. Rajinlah jari ni nak menulis kat belog. Hehehe... :)

Kali ni aku nak bercerita mengenai kenangan terakhir yang sempat dikutip di KUIS selepas paper terakhir aku tanggal 27/3/2018 baru-baru ni. Dalam pada seronok sebab dah habis belajar, terasa jugak sedih sebab dah berpisah dengan rakan-rakan kelas A & B. 3 tahun bersama, semua kenangan pahit dan manis terangkum di fikiran dan tersemat di hati. Banyak pengalaman yang aku kutip sepanjang aku bergelar pelajar Ijazah Sarjana Muda Komunikasi (Penyiaran) di Kolej Universiti Islam Antarabangsa (KUIS). Walaupun tak abis sepenuhnya lagi. Praktikal 3 bulan bermula dari bulan 5-7 baru officially tamat sebenarnya. heh! Tapi kali ni aku buat keputusan untuk praktikal di bumi kelahiran sendiri iaitu Terengganu. Kat syarikat mana? Nanti aku story-mory bila aku dah masuk sana tau.

Sepanjang sem 6 baru-baru ni, aku memang bergelumang dengan banyak sangat assignment plus final project. Giler serabut. Nak berjimba di media sosial fb dgn ig aku pun tak terasa. Tiap2 hari ade je kerja nak buat. Tidur pun tok sah kiralah. Tak menentu. Makan pun sama. Sampai sakit. Dan kalau korang nak tahu sepanjang sem 6, aku demam-batuk-selesema on off. Bila baik, jadi balik. Sampai berbulan-bulan. 1 kali buat checkup kat HKL (tumpang sekaki jumpa doktor, padahal masa tu nak check up kakak, abah dgn ma je sebelum diorang berangkat pergi umrah bulan 12 tahun lepas). Nasib baik abang kerja situ. So, memang takde masalah. Lepas beberapa minggu, sakit lagi. Buat check up dekat klinik panel biasa lak. Dalam 7 kali tau sepanjang sem 6 tu, jumpa doktor. Salah satu sebab aku sakit sebab faktor pemakanan jugaklah. Dahlah aku sejenis tak berapa nak makan ubat dan vitamin2 semua bagai. Makan sekejap terus tinggal. Sebab tu penyakit lambat nak sembuh. huhuhu...my bad! 

Dan yang seronoknya plak, kali ni aku duduk sorang-sorang plak dekat asrama. Terbaik sangat. Hahaha...ini semua disebabkan bilik yang aku duduk tu auto reserved. Dulu, roommates aku Biela, Kak long dgn Fadh. Tapi Biela dah habis belajar, kak long duduk luar KUIS dan Fadh plak terpaksa duduk bilik lain. Uwaaaa, giler tak best! Kepishangan gak ah. Makan sorang, tidur sorang..duk menghadap laptop dengar lagu dengan tgok movie jelah kalau takde assignment yg urgent kena siapkan. Kalau tak nak cakap dengan siapa? Hahaha...Nasib ade jiran depan dan sebelah bilik yang baik hati. Kadang-kadang tu aku duduk/tidur bilik Farah kat tingkat 6.


P6-510-D. Bilik yang banyak kenangan. Ni masa nak check out bilik, haruslah kemas sebersih-bersihnya dulu. How i miss this room now! 


Belanja gambar selfie satu dekat bilik ni. Hehehe

So, kat bawah aku nak share antara kenangan indah dengan geng2 di KUIS, yang mana aku sempat hang out sebelum meninggalkan bumi KUIS. Rindu korang. I cannot!



With peminat setia sis! Kemain dia mesej kononnya nak bergambar lepas habis exam. Lepas keluar dewan periksa 27/3 tu, aku tengok dia lesap dah. Hahaha...nasib baiklah masa belah petang tu, aku dengan geng2 lain nak keluar pergi pasar, terserempak dengan dia bawah parcel 9. Terus ajak bergambar. Love you Syahhhhdi. :)


Dari kiri : Nik, Adlan, Fara, Nur & Me. Celebrate last paper dengan lepak kat KFC. Mood masing-masing kemain happy. 


Sebelum makan tu, sempat lagi mintak tolong Adlan ambik gambar gegirls jap dekat tasik KUIS. Gaya acah-acah model tapi tak tau kenapa Fara buat gaya camtu? hahaha...dah lapor sangat ke sis?


Ni time balik daripada makan. Bergambar latar belakang masjid KUIS. Memasing buat perangai :P


Ni plak, alkisahnya nak pergi pasar malam je. Kekonon lastlah pergi pasar malam hari Selasa. Lepas ni takleh pergi dah sebab memasing dah habis belajar kat situ. Tapi rezeki kamilah bila ada hamba Allah yang baik hati sudi nak belanja makan kat Pizza Hut. Segan giler kot mula2. Lepas tu bila dah lapar, bedal jelah eh. hahaha...Tqvm sebab belanja! Dari pukul 6 lebih smpai azan maghrib lepak sini. Tapi jenguk gak pasar malam lepas tu. Saja beli kudap-kudap untuk makan tengah malam. Zati dengan makanan kan berpisah tiada. 



Me. Firzanah. Aina. Inilah adik-adik yang housemate aku. Masa sem 1 kitorang duduk serumah. Sampai sekarang masih lagi berhubung. Sebenarnya diorang dah habis awal. Masing-masing ambik course diploma Syariah. Masa aku sem 6, diorang bertekad untuk sambung Ijazah plak dekat KUIS. So, dapatlah aku jumpa lagi dengan diorang. Hehehe...Time ni kitorang nak berjalan-jalan release stress sebelum habis exam. Lepak NU Sentral, makan2 dgn tengok wayang. Sempatlah jugak cuci mata dalam shopping mall tu. 


Hye, korang! Rindulah...



Last but not least, boleh jugak lepak dengan Fadh. Roommates aku dulu. Kitorang sama umur dan masih single lagi. Eh? Ye ke? Hahaha...But, tak sempat gak jumpa Kak long buat kali terakhir. Kalau Biela lak senang je jumpa kat kampung. Takpe, mungkin adalah rezeki tu nanti. huhuhu

Nilah jelah geng2 KUIS yang aku sempat jumpa, yang lain tu last jumpa dalam dewan je masa exam. Tak sempat bergambar pun. Masing2 excited dah habis exam & habis belajar. Takpelah korang, jumpa time convo nanti tau. Jangan lupa bawak bunga & coklat kat kita. Hehehe

Sampai sini jelah untuk coretan kali ni. Semoga kita akan jumpa lagi nanti. Setiap kenangan bersama korang akan kekal abadi dalam ingatan aku buat selamanya. Maaf atas segala salah silap aku sepanjang kita berkenalan. Semoga korang semua berjaya dalam apa jua bidang yang korang akan ceburi nanti. Selamat berpraktikal semua! Love you all till jannah. :)

With love,
Izzati Aisyah